in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Moose Bergaduh Depan Rumah Pelakon, Macam Dalam National Geographic

moose bergaduh

Moose adalah sejenis rusa yang terbesar dalam spesis haiwan itu. Biasanya moose dianggap sebagai haiwan yang tenang dan tidak ganas, namun moose bergaduh sesama spesis bukanlah perkara yang tidak pernah berlaku.

Moose jantan biasanya terkenal dengan tanduk mereka yang besar dan lebar yang membuatkan mereka kelihatan megah dan menakutkan.

BACA: Duta F&N Dedah Dibuli, Tidak Tergugat Dengan Kata Cacian

Walaupun moose adalah haiwan herbivor, ia dianggap lebih berbahaya dari beruang kerana populasinya yang tinggi. Haiwan itu juga kerap mengakibatkan kemalangan jalan raya kerana saiz mereka.

Walaupun kematian diakibatkan oleh haiwan berkenaan sangat jarang berlaku kerana sifat mereka yang lembut dan tingkah laku mereka yang tidak agresif, moose boleh bertindak ganas dengan moose lain untuk mendapatkan pasangan atau menguasai sesuatu kawasan.

Dalam pergaduhan pula, mereka akan menggunakan tanduk mereka untuk menolak dan menghalau lawan mereka sehingga tidak kembali.

Moose bergaduh

Itulah yang dapat dilihat dalam sebuah video yang tular dikongsikan oleh pelakon dan pelawak Michael Rapaport di Twitter.

Dalam rakaman yang tular, dua ekor moose jantan dilihat sedang berlawan di halaman rumah jirannya membuatkan bekas pelakon Prison Break itu menjerit dengan cemas.

Michael juga mengumpamakan kejadian itu seperti babak di dalam rancangan National Geographic, sebelum menyuruh ibunya menghubungi polis dan pusat pelindungan haiwan ASPCA.

Rata-rata netizen geli hati melihat pergaduhan itu berlaku di kawasan perumahan, serta reaksi Michael sendiri membuat ramai terbahak.

Sumber: Twitter

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

page

Individu Kongsi Cara ‘Cukupkan’ Jumlah Perkataan Dalam Karangan

page

Kreatif! Pelajar Seni ‘Prank’ Guru Dengan Lukisan-Lukisan Realistik