Selebriti cantik manis dan bijak ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Nama Neelofa sudah cukup sinonim sebagai pengacara MeleTop bersama Nabil Ahmad. Biarpun begitu, kecantikan dan gaya fesyennya juga sering meraih perhatian ramai.
BACA: Cikgu Puji Adab Murid Terima ‘6A’ Dalam UPSR Jadi Perhatian Ramai, Neelofa Juga…
Meletakkan namanya sendiri di tahap yang berbeza dari selebriti lain, dia sentiasa bijak mencari peluang untuk meningkatkan dirinya. Pembawakan dirinya dengan gaya fesyennya menjadi ilham buat ramai gadis berhijab di luar sana.
Terbaru, ada yang menyamakan selebriti ini dengan satu watak di dalam Ejen Ali The Movie iaitu Ejen Dayang. Dalam filem ini Ejen Dayang mengenakan turban merah seperti berikut:
Beberapa netizen turut bersetuju dengan perbandingan ini dan meninggalkan komen seperti berikut:
Perbandingan ini turut menarik perhatian Neelofa untuk pergi menonton filem berkenaan. Perkara ini ditulis di Twitter miliknya semalam.
Perkongsiannya itu telah meraih lebih 8,800 retweets dan 23,100 likes. Rata-rata netizen meninggalkan komen meminta untuk Neelofa pergi menonton sendiri filem animasi hebat ini.
“Of course! Plot twist dia best gila! I rate Ejen Ali The Movie, 10000000000 out of 10!!”
“You should. I dah 22 tahun ni pun tengok lepas tu jatuh air mata”
“Rekemen Neelofa. Saya bawa anak-anak, memang berbaloi”
Sumber: Twitter