in ,

CuteCute

Lagu Ikut ‘Gerak Bibir’ High School Musical Ini Buat Netizen Terbahak!

high school musical

Semua yang lahir tahun 90an pasti ingat filem High School Musical yang pernah ditayangkan di saluran Disney lebih 10 tahun lalu. Ada di antara kita yang membesar dengan Troy, Gabriela, Sharpay, dan Lucas.

BACA: Rupa Elsa Jadi Pertikaian, Peminat Tampil Dengan Versi Tersendiri

Filem mengenai pelajar sekolah menengah yang melibatkan diri dalam teater muzikal sekolah itu sehingga kini masih diminati. Malah ia juga telah di ‘reboot‘ oleh Disney, membuktikan bahawa filem itu masih releven.

Mula ditayangkan pada tahun 2006 dan berakhir dengan HSM 3: Senior Year pada tahun 2008, High School Musical mencuri minat penonton muda dengan persembahan-persembahan tarian yang dramatik dan gempak.

Lagu-lagu ikonik dari filem itu juga sering meniti di bibir kita ketika di bangku sekolah, antaranya What I’ve Been Looking For, I Don’t Dance, What Time Is It, dan You Are the Music in Me.

Baru-baru ini pula tular muzik video lagu dari filem High School Musical 1 bertajuk Getcha Head in the Game, yang mana Troy menyanyi bersama pasukan Wild Cats ketika latihan bola keranjang.

Namun ada sesuatu yang tidak kena dengan video muzik itu, membuat ramai peminat veteran garu kepala. Berikut adalah lagu asal dalam video muzik tersebut.

Namun ada pihak yang telah merakamkan semula lagu dalam video muzik itu berdasarkan ‘gerakan bibir’ penyanyi asal.

https://noapologies-thisisme.tumblr.com/post/189456837913/antstepsbooks-beccatmeow-failbag

Walaupun lagu yang terhasil kelihatan realistik seperti benar-benar dinyanyikan dalam video itu, hasilnya memang merepek!

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa geli hati dengan suntingan lucu itu, malah mereka yang tidak pernah menonton francais itu juga turut terbahak.

Sumber: Tumblr

 

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nelayan ikan paus main

Nelayan Bantu Lepaskan Tali Terikat Pada Ikan Yu Paus

tumbuhan hidup

Ajaib! Pokok Kering Kembali Segar, Ini Rahsia Disebaliknya…