in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Pelajar Jumpa ‘Ulat Beluncas’ Dalam Perjalanan Ke Kelas, Ini Yang Jadi…

tumblr_obgi15XDaj1uqi7gio3_1280-tile

Bagi pecinta tanaman dan tumbuh-tumbuhan, ulat beluncas pasti menjadi musuh utama mereka. Apa tidaknya, serangga kecil inilah yang bertanggungjawab merosakkan daun-daun pokok yang di tanam di rumah.

BACA: Lagu Ikut ‘Gerak Bibir’ High School Musical Ini Buat Netizen Terbahak!

Walaupun ulat beluncas dianggap sebagai haiwan perosak, namun bukan seumur hidup mereka bersifat sebegitu.

Tugas utama kebanyakkan beluncas dan ulat bulu adalah untuk makan dan membesar bagi mempersiapkan diri mereka untuk menjalani proses metamorfosis.

Selepas proses itu, ulat-ulat ini akan memasuki alam dewasa dan berubah menjadi serangga mengikut spesis mereka, sama ada rama-rama, kupu-kupu, atau kumbang.

Seperti yang dikongsikan seorang pelajar bernama Oddity, dia terjumpa seekor ulat beluncas berwarna hijau ketika dalam perjalanan ke kolej.

Membuat keputusan untuk menjaganya, serangga yang dinamakan Chicken Nugget itu kemudian bertukar dari warna hijau kepada kekuningan.

Meletakkan ulat itu di dalam sebuah balang dengan ranting berdaun sebagai makanan dan tempat bergayut, Chicken Nugget dilihat mula membesar.

Beberapa hari kemudian, ulat beluncas itu berubah menjadi kepompong. Pemiliknya turut memasangkan lagu untuk menghiburkannya.

Selepas lebih 10 hari, ulat beluncas tersebut akhirnya bertukar menjadi seekor rama-rama yang besar dan cantik. Ikuti perkembangan ‘Chicken Nugget’ kepada ‘Chicken Wings’ di bawah.

https://charityforrichpeople.tumblr.com/post/189456868187/secretlycrazyhummingbird-glumshoe

Rama-rama itu kemudian dilepaskan ke luar agar ia boleh menghabiskan hayatnya yang pendek dalam habitan semula jadinya.

Mengikuti perkembangan ulat beluncas menjadi rama-rama yang cantik sememangnya satu pengalaman yang memuaskan.

Ia juga dapat mengajar kita tentang kesingkatan hidup dan kepentingan transformasi diri ke arah lebih baik.

Sumber: Tumblr

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

beatbox harmonika main

Beatbox Cara ‘Abang Sado’ Kembali Tular, Kali Ini Dengan Harmonika Pula

old money collector

Perbualan Dengan ‘Old Money Collector’ Bertukar Serius, Netizen Cair!