in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Remaja Buat Parodi Harry Potter, Terbang Dalam Rumah Guna Selfie Stick

page

Ketika Harry Potter mula diperkenalkan kepada dunia, ramai peminat muda yang mengimpikan kajaiban dunia di Hogwarts benar-benar wujud.

Remaja yang mengenali Harry Potter pada zaman perkembangan teknologi lebih bertuah kerana magik dapat digantikan dan dihasilkan dengan pelbagai kemudahan teknologi yang canggih.

BACA: Upin Ipin selebriti buat hal lagi, video pendek lawak netizen siap ‘ulang’ tayang

Sama ada menggunakan ilusi atau kemahiran suntingan, pengalaman dapat terbang di udara menggunakan penyapu terbang seperti pemain Quidditch adalah sangat memuaskan.

Sebelum ini, ahli silap mata digital, Zach King telah berkongsikan video dia bergerak menggunakan penyapu terbang.

Video yang telah meraih lebih 2 billion tontonan di TikTok kelihatan seperti dia menggunakan ilusi untuk menghasilkan efek seolah-olah dia sedang terbang.

Seorang penggguna TikTok turut cuba melakukan aksi hebat itu dalam satu video parodi baru-baru ini.

Menggantikan penyapu dengan selfie stick, remaja atas nama Danish Daniel itu menggunakan kemahiran suntingan video untuk menghasilkan efek seolah-olah dia sedang terbang.

Walau bagaimanapun, hasil mengolah bingkai rakaman itu membuat aksi terbang yang dipamerkan kelihatan tidak lancar dan pelik.

Malah alunan sumbang muzik tema Harry Potter yang dimainkan menggunakan recorder sebagai muzik latar turut membuat video itu lebih lucu.

Video yang tular itu berjaya membuat netizen terhibur dan ramai meluahkan rasa kagum dengan kesungguhan remaja tersebut melakukan aksi yang memenatkan itu.

“Level Zach King ni…”

“Macam mana dia buat…”

Annotation 2019-12-17 034239

“Xpenat ke weh…”

Annotation 2019-12-17 034934

“Siap boleh terbang naik tangga…”

Annotation 2019-12-17 034912

“Harry Potter pun tk blh buat mcm ni…”

Annotation 2019-12-17 034534

“Good editing…”

Annotation 2019-12-17 034815

“Tak berhenti gelak…”

Annotation 2019-12-17 034704

Sumber: Twitter

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

main dengan singa main 2

Lelaki Bergurau Dengan Singa, Netizen Kecut Perut!

d17ea65a-GettyImages-1188705697-tile

Wanita Berkulit Gelap Dominasi Pertandingan Ratu Cantik, Miss Nigeria Paling Teruja!