in

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Rupa Elsa Jadi Pertikaian, Peminat Tampil Dengan Versi Tersendiri

page

Filem dan siri animasi sering menjadi tumpuan dan menimbulkan perbincangan di kalangan peminat-peminat seni visual.

Reka bentuk watak, tarikan estetik, dan kelancaran animasi adalah antara aspek paling penting dalam menghidupkan dunia animasi dengan berkesan.

BACA: Terhibur! Satu Asrama Lelaki Bising Gara2 Demam ‘Frozen 2’

Sejak tayangan filem Frozen 2 bermula di pawagam baru-baru ini pula, ramai artis yang telah tampil memberikan pendapat tentang pelaksanaan filem itu.

Watak yang menjadi tumpuan ramai sudah tentulah hero filem itu sendiri iaitu Elsa.

Di samping ramai yang memuji kecantikkan reka bentuk watak itu disertai dengan busana-busananya yang menawan, terdapat juga kritikan negatif.

Situasi itu mengundang beberapa fanartist untuk ‘menyunting’ rupa Elsa mengikut cita rasa mereka.

Antaranya ada yang mengubah solekan Elsa kepada solekan Korea.

EKf_YX6WsAUesox

Elsa tanpa mekap juga masih kelihatan cantik.

EKgDu-gXYAAHBND

EKgDu-gX0AYv6Pm

Selain itu, ada juga yang cuba mengubah bentuk muka Elsa menjadi lebih realistik. Ini kerana peminat mempersoalkan mengapa rupa watak wanita dalam filem itu kelihatan seperti bayi.

EKiTannX0AUL4Ua

Hal itu juga membuatkan peminat mempertikaikan perbezaan bentuk muka Kristoff yang lebih realistik berbanding bentuk muka Elsa dan Anna yang terlampau ‘baby face‘.

EKNuMbGXkAYIcH_

EKNuMbGW4AAUKo3

Namun, rata-rata netizen tidak menyokong idea rekaan itu kerana mereka mendakwa Elsa dan Anna adalah watak yang dihasilkan untuk menarik minat kanak-kanak berbanding orang dewasa.

Malah, netizen juga menegaskan bahawa jika penonton inginkan ‘realisme’, mereka boleh tonton filem aksi langsung kerana filem animasi perlu lebih mengetengahkan rekaan kreatif.

Sumber: Twitter

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

dua pelakon, Eman Manan

“Pergh abg Eman Manan, gilalah legend tengok tu, kena g…”- Netizen

Naqiu

“Amboi…”- Selalu foto berdua Naqiu & Sham Visa, kali ini ada Tok Ram pula…