in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

‘Santa Claus’ Hack Kamera CCTV Dalam Bilik Budak Perempuan

hacker cctv

Penggunaaan kamera pengawasan CCTV bukan sahaja digunakan kebanyakkan keluarga untuk mengawasi keselamatan persekitaran kediaman mereka. Namun ia juga dapat menenangkan fikiran pemilik kediaman dari memikirkan bahaya yang mungkin berlaku kepada keluarga atau perniagaan mereka.

BACA: Tayangan Serentak The Matrix 4 & John Wick 4, Peminat Keanu Reeves Minta Cuti

Malangnya, pergantungan kepada kemudahan teknologi semata-mata memberi peluang kepada penjenayah untuk menggodam privasi orang lain dengan mudah.

Melalui teknologi kamera pengawasan, penggodam dapat mengintip pengguna melalui CCTV, webcam, dan monitor bayi. Rakaman yang mereka perolehi kemudiannya akan digunakan untuk melakukan pebagai jenayah.

Mereka boleh mencari kelemahan sesuatu kediaman untuk dipecah masuk, mengganggu ketenteraman pengguna, dan menjual rakaman peribadi kepada dark webs.

Seperti yang berlaku kepada seorang budak perempuan 8 tahun baru-baru ini, dia dikejutkan dengan suara penggodam yang datang dari kamera pengawasan di dalam biliknya.

Apabila Alyssa LeMay bertanya siapa yang bercakap dengannya, penggodam berkenaan menjawab dia adalah Santa Claus dan ingin berkawan dengan budak itu.

Lebih menyeramkan, penggodam berkenaan memainkan muzik pelik untuk menakutkan kanak-kanak itu. Malah dia juga menyuruh Alyssa untuk menyepahkan dan merosakkan barang-barang di dalam biliknya.

Apabila ditemubual, ibu kanak-kanak berkenaan berkata mereka memasang CCTV jenama Ring itu 4 hari yang sebelum kejadian berlaku untuk memantau anak mereka yang mempunyai penyakit sawan.

Dia berasa seram dan terancam memikirkan bagaimana penggodam itu mungkin telah mengintip anaknya ketika dia sedang tidur dan menyalin baju.

Kejadian tersebut dilaporkan kepada syarikat kamera CCTV itu dan polis juga sedang menjalankan siasatan untuk menangkap ‘Santa Claus’ berkenaan. Sementara itu netizen juga meluahkan rasa marah dan memberi pelbagai reaksi terhadap kejadian yang berlaku.

“Tak patut letak kamera dalam bilik anak…”

Annotation 2019-12-14 035423

“Bayangkan jadi kat anak sendiri…”

Annotation 2019-12-14 041726

“Macam dalam filem seram…”

Annotation 2019-12-14 041519

“Takut nak ada anak…”

Annotation 2019-12-14 035405 Annotation 2019-12-14 035255

Sumber: LAD Bible, Twitter

 

 

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

page

Tayangan Serentak The Matrix 4 & John Wick 4, Peminat Keanu Reeves Minta Cuti

page

Kantoi! Anak Lelaki Menyamar Jadi Ibu Untuk Ambil Ujian Memandu