in ,

Sharifah Sakinah Kongsi Teaser Telefilem Baru, Ramai Tak Sabar!

sharifah sakinah kecundang sebelum menjanda main

Cukup sinonim dengan gelagatnya yang selamba dan kadang-kadang mampu membuatkan orang ramai tertawa, Sharifah Sakinah nampaknya kian giat meneruskan kerjaya lakonannya.

BACA: Kucing Makan Jagung Siap Dengan Efek Bunyi Curi Tumpuan

Terbaru, Sharifah Sakinah berkongsikan teaser sebuah telefilem lakonannya yang bakal bersiaran di Astro Citra. Telemovie berjudul ‘Kecundang Sebelum Menjanda’ itu menceritakan mengenai seorang gadis yang bernama Nora.

Kisahnya bermula apabila selepas hari pernikahannya batal disebabkan teman lelaki Nora melarikan diri saat akad nikah, gadis ini mula melalui sesuatu kejadian aneh.

Melalui teaser video yang dikongsikan Sharifah Sakinah, telefilem ini menonjolkan sisi dirinya yang ‘gila-gila’ dan sudah tentulah kelakar.

Berikut adalah video teaser yang dikongsikan selebriti ini:

Baru sahaja dikongsikan tidak sampai setengah jam, video ini ditonton lebih 21,000!

Teaser telefilem ini sahaja dapat memberikan gambaran jalan ceritanya bukanlah kisah cinta semata-mata. Ada unsur jenaka dan plot twist yang terjangka.

Kecundang Sebelum Menjanda akan disiarkan pada Sabtu ini, 7 Disember jam 9 malam di Astro Citra 131 dan CitraHD 126.

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka selepas menonton teaser telefilem ini di ruangan komen seperti berikut:

“Dia bole buat menari nobodu plak hahaha”

sharifah sakinah kecundang sebelum menjanda 3

“Wah..Tak sabar nak tengok nie. Macam best..Lagi2 ada Kinah”

sharifah sakinah kecundang sebelum menjanda 4

“Dia buat gila lagi. Aq conpem aq stress tengok si Kinah ni berlakon”

sharifah sakinah kecundang sebelum menjanda 5

“Waaa..Tak sabar nak tengok ni..mesti best”

sharifah sakinah kecundang sebelum menjanda 6

Sumber: Instagram

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ibu Hetty

“Bonda”- Tokti bergaya pakai ‘bawal’, foto dikatakan iras Ibu Hetty Koes Endang

Shuib dan anak

“Mama nak mainan…”- Gelagat cium ‘ketiak’ Shuib dan anak bikin terhibur