in

AngryAngry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Video Sean Lee Menari Lagu Dance Monkey, Ramai Terhibur!

sean lee dance monkey main

Lagu Dance Monkey sejak akhir-akhir ini menjadi kegemaran ramai. Lagu dengan lirik dan melodi yang cukup catchy nyanyian asal Tones and I ini juga menjadi semakin menular di sosial media. Malahan beberapa selebriti tanah air turut membuat cover lagu ini. Selain itu, video Sean Lee menari lagu Dance Monkey turut meraih perhatian ramai.

BACA: Ara Johari ‘Cover’ Dance Monkey Raih Lebih 23K Tontonan. Layan!

Video tarian pelakon itu dikongsikannya melalui laman Instagram Sean Lee sendiri dan setakat ini telah meraih hampir 300,000 tontonan sejak di muatnaik beberapa hari lalu.

Menerusi ruangan kapsyen, Sean Lee menulis video itu adalah cabaran yang diberikan oleh seorang penyanyi wanita bernama Neeta.

“Jangan main challenge jer, korang ingat Sean tak berani? #mydancemonkey…”, tulis pelakon ini.

Berikut adalah video yang telah meraih perhatian ramai itu:

Boleh tahan juga gerak tari pelakon drama ‘Sweet Dreams’ ini. Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen mengenai Sean Lee menari Dance Monkey ini seperti berikut:

“Jatuh tersembammm satgy jenuhhh…mengundur sakan”

sean lee dance monkey 1

“Comel lerr alamak”

sean lee dance monkey 2

“Ahahah..Style”

sean lee dance monkey 3

“Power siak”

sean lee dance monkey

Sebelum ini beberapa penyanyi tanah air turut membuat video menyanyikan lagu Dance Monkey ini dan telah meraih perhatian ramai. Antaranya Zizi Kirana dan Ara Johari. Sudah semestinya video-video nyanyian tersebut mendapat pujian peminat mereka kerana suara kedua-duanya memang terbaik!

Sumber: Sean Lee

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

71198693_571595126733132_2610747509123797826_n-tile

“Jangan sampai saya saman… jangan tertipu dengan gambar dan ig palsu”

soundtrack ejen ali main

Soundtrack Ejen Ali ‘Mama (Di Hatimu)’, Bikin Ramai Hiba