in ,

AngryAngry

Wanita ‘Yakin’ Cuaca Bersalji Sesuai Untuk Berjoging, Sekali…

page

Sesetengah orang lebih suka bersenam dan berjoging pada waktu pagi untuk memulakan hari dengan tubuh yang bersemangat.

Namun ada juga yang tidak berani untuk mengeluarkan peluh sebelum masuk waktu petang dan lebih gemar berjoging selepas balik kerja.

BACA: Terhibur! Satu Asrama Lelaki Bising Gara2 Demam ‘Frozen 2’

Secara realitinya, tiada kajian yang dapat membuktikan bahawa kalori dibakar dengan lebih cepat pada waktu tertentu. Namun waktu dan cuaca boleh mempengaruhi emosi kita semasa bersenam.

Irama Sirkadian (Circadian rhythm)

Jam biologi atau irama sirkadian kita menentukan sama ada kita lebih aktif pada waktu siang atau malam.

1462983035_circadian rhythm clock

Irama sirkadian juga mempengaruhi fungsi tubuh seperti tekanan darah, suhu badan, dan kadar denyutan jantung, semuanya memainkan peranan dalam kesediaan tubuh kita untuk bersenam.

Selain itu, cuaca juga memainkan peranan penting dalam memberikan pengalaman bersenam yang terbaik.

Ramai yang biasa bersenam di bawah matahari agar peluh lebih cepat keluar, selain cuaca sejuk juga membuatkan kita tidak bermaya.

Namun pasti ramai yang tidak tahu bahawa bersenam dalam cuaca sejuk juga mempunyai banyak manfaatnya.

Getaran badan membakar kalori.

Antaranya adalah apabila kita menggigil kesejukkan, getaran badan kita menghasilkan haba yang mampu membakar kalori.

Kajian juga menunjukkan bahawa manusia menggunakan 5 kali tenaga apabila mereka menggigil kesejukkan berbanding apabila mereka sedang berehat.

Selain itu, badan kita juga dapat mengawal suhu dengan lebih baik dalam cuaca sejuk, sekali gus membolehkan kita untuk bersenam dengan lebih lama.

Malah, penduduk negara beriklim sejuk turut bersetuju dengan kebaikan melakukan aktiviti senaman dalam cuaca bersalji.

Dalam satu temuramah berita, seorang wanita berkata bahawa salji memberikan ‘tekstur’ yang baik untuk orang ramai berjoging.

Dia juga mendakwa bahawa salji kering memberikan impak yang rendah dan mengelakkan kaki menjadi basah.

Wanita itu kemudian menyambung lariannya bersama pasangannya, sambil penemuramah memberi ulasan tentang aktiviti bersenam di dalam cuaca sejuk itu.

Namun wanita itu kemudian dilihat terjatuh akibat permukaan salji yang licin, sebelum pasangannya membantu dia untuk bangun.

Penemuramah itu sempat bertanya kepadanya jika dia okey, dan wanita itu menunjukkan isyarat ibu jari tanpa menoleh.

Rata-rata netizen geli hati memikirkan bagaimana wanita itu mendakwa bahawa cuaca bersalji adalah baik untuk bersenam. Namun terbukti dakwaannya salah.

Sumber: Twitter

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

neelofa ejen dayang main

Neelofa Disamakan Dengan Watak Dayang Dalam Ejen Ali

penyanyi MK dan safiey

Safiey Ilias kongsi foto dengan MK, peminat suka perubahan…