in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Zizi Kirana Nyanyi Lagu Tribute Pak Ngah, Buktikan Vokalnya

zizi kirana main

Terkenal dengan lagu-lagunya yang berjudul ‘Boleh Jalan’, ‘Nak Ke Tak Nak Lepak Mamak’, ‘Siapa Yang Bap Bap’ dan banyak lagi. Zizi Kirana penyanyi yang cukup sinonim dengan lagu genre pop dan hip hop ini namanya kini kian dikenali ramai setelah beberapa tahun berada dalam industri hiburan.

BACA: “Merdunya..” – Tokti Kongsi Video Berqasidah Dipuji Ramai

Memulakan kariernya sebagai peserta Akademi Fantasia, dia kemudiannya menjadi salah seorang ahli kumpulan The Fabulous Cat bersama Cat Farish. Buat seketika selepas beberapa ‘percubaan’, akhirnya peminat mula mengenali nama Zizi Kirana.

Mendengarkan nyanyian dalam lagu-lagu miliknya sebelum ini sememangnya lagu berunsur rap terlalu sinonim dengannya sehinggakan mungkin ramai yang tidak tahu dia sebenarnya memiliki vokal yang sungguh mantap. Bila lagunya dipasang di radio pasti dapat cam suara dan rentak lagunya.

Zizi Kirana dalam salah satu muzik video terbarunya
Zizi Kirana dalam salah satu muzik video terbarunya

Namun begitu baru-baru ini, satu rakaman yang memaparkan Zizi Kirana yang menyanyi lagu genre berbeza selalu dibawakannya tular di sosial media. Menyanyikan lagu ciptaan Pak Ngah bagi tribute kepada komposer terkenal itu.

Seperti diketahui umum Pak Ngah memang sinonim dengan lagu-lagu tradisional. Jadi Zizi Kirana bersama kumpulan Darmas membuat video khas tribute buat individu cukup disegani dalam memartabatkan muzik tradisional.

Video tersebut dikongsi oleh seorang pengguna Twitter dan telah meraih lebih 136,300 tontonan dan 5,400 retweets serta 6,900 likes.

Di ruangan komen rata-rata netizen ada terkejut dengan suaranya yang boleh menyanyi lagu rentak begini. Malah ada juga yang mengakui suara penyanyi ini sememangnya sedap jika membawakan lagu berentak tradisional.

Berikut adalah video penuh yang disiarkan di YouTube:

Sumber: Kak Jah Sungai Dua / Zizi Kirana

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelakon drama spontan

‘Drama Spontan 17’ dari awal sampai habis bikin penonton gelak besar!

Tulisan kedua

“Jangan dilupai…”- Tulisan kedua bekas isteri Da’i Farhan undang sebak