Saban hari pasti terdapat cabaran-cabaran internet baru yang mengundang pengguna media sosial untuk mencubanya.
Kebanyakkan yang terlibat dalam cabaran internet adalah akibat terpengaruh dengan rakan dan ingin mendapatkan perhatian.

BACA: Pelajar Hasilkan Gambar ‘Close Up’ Hanya Menggunakan Telefon Pintar
Ramai yang sanggup melakukan perkara-perkara pelik dan berbahaya semata-mata untuk mengikut trend dan mendapatkan likes sehingga tidak dapat berfikir untuk diri sendiri.
Seperti tahun-tahun lepas, 2020 juga tidak terlepas dari cabaran-cabaran internet yang gila-gila. Sejak awal bulan Januari, ramai yang telah mencuba idea memakan bijirin dari mulut seseorang.

Cabaran yang digelar ‘cereal challenge’ itu memperlihatkan pengguna media sosial menjadikan mulut rakan mereka sebagai mangkuk. Malah ada personaliti media sosial popular juga turut sama menyahut cabaran tersebut.
Cara untuk melakukan cabaran itu adalah dengan meletakkan bijirin ke dalam mulut pasangan, menuangkan susu, dan memakan bijirin yang bertakung dalam mulut pasangan mereka dengan sudu.

Namun pasangan yang menjadi mangkuk perlu tenang agar tidak tertelan atau tersembur keluar isi bijirin di dalam mulut mereka. Siapa yang berjaya memakan dari mulut rakan mereka dianggap berjaya dalam cabaran itu.
Walaupun ramai yang dapat melakukannya, ada juga yang gagal kerana tidak dapat menahan diri. Tonton video-video yang dikongsikan di bawah.
Cereal & Milk Challenge! 🍼🤮 pic.twitter.com/1hJTCZZEwI
— Ronnie Banks (@iamronniebanks) January 19, 2020
Cereal challenge 😂🥣 pic.twitter.com/eGRJ8LmsR2
— marvin (@_nastyboymarvin) January 22, 2020
Another great one of mine. 😂 #cerealchallenge pic.twitter.com/E2LFgUp6Fg
— chelsie (@chelsieroot) January 22, 2020
https://www.instagram.com/p/B7okf7jFv7l/
Seperti yang dijangka, cereal challenge mendapat banyak bidasan dan komen negatif dari netizen yang menganggap cabaran itu menjijikkan dan berbahaya kerana boleh menyebabkan tercekik dan lemas.