in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Adik Issabella datang office diberikan ‘kejutan’ maskot Didi & Friends!

82117122_2589450307841279_8372156059053195264_n-tile

Siapa menyangka, sejak video kanak-kanak yang lengkap berbaju sekolah tular di media sosial apabila asyik menari ikut rentak lagu ‘Mengantuknya Mumia’, kini kanak-kanak itu mencetuskan fenomena dalam industri hiburan tanah air. Kanak-kanak itu dikenali sebagai adik Issabella.

Geram je Min tengok adik ni menari lagu Mengantuknya Mumia 😂😂😘. Comel sangat! Tengok last part…Selamat malam dia tu macam nak tido terus tau 🤣🤣😂Credit video : Twitter @faxriena

Posted by Didi & Friends Malaysia on Wednesday, January 8, 2020

Setelah dijemput hadir ke pelbagai program popular, adik Issabella semakin menjadi sebutan ramai selain keberaniannya juga mendapat pujian netizen.

BACA: “Oh mak mkn duit anak…”- Puteri Balqis & ibu kongsi cerita bersama Aliff Syukri

Terbaru, menerusi laman Facebook Didi & Friends Malaysia dilaporkan adik Issabelle datang ke pejabat mereka.

Menariknya juga, pihak mereka dikatakan telah membuatkan kejutan untuk adik Issabelle dengan maskot Didi & Friends dan kelihatan menerusi video dimuat naik, adik Issabelle dilihat menari bersama maskot kartun popular itu.

Issabella datang office Didi & friends!

Adik Issabelle datang ofis Didi & Friends. Yay! Kami buat kejutan maskot Didi & Friends untuk adik Issabelle 😍😍Comel sangat!

Posted by Didi & Friends Malaysia on Tuesday, January 14, 2020

Video dikongsikan itu bagaimanapun menarik perhatian peminat Didi & Friends dan memuji keberanian kanak-kanak ini yang bersahaja menari bersama maskot kartun itu.

Sejak kini, pelbagai komen ditinggalkan yang rata-rata memuji bakat selain seronok melihat adik Issabelle akhirnya menari bersama maskot Didi & Friends ikut rentak lagu ‘Mengantuknya Mumia’.

Posted by Didi & Friends Malaysia on Wednesday, January 15, 2020

Dalam pada itu, video adik Issabella datang office Didi & friends itu turut meraih lebih 80,000 tontonan yang suka mengikuti perkembangan adik ini bersama siri kartun Didi & Friends yang sudah tidak asing lagi bagi masyarakat.

Sumber: Didi & Friends Malaysia

Written by Siti Zulk

It's me, stay focused

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Foto sekadar hiasan

Serai Dijadikan Penyedut Minuman? Ini Reaksi Netizen

Babak busking adellea sofea jadi memes main

Lawak! Babak Busking Episod Akhir Adellea Sofea Jadi Bahan Memes