in ,

LoveLove

Alif Satar Berlakon Dengan Che Ta Dalam Drama Family Spy, Ramai Tak Sabar!

Alif Satar Family Spy main

Bakat lakonan seseorang pelakon itu dapat dilihat apabila individu itu dapat menjayakan sesuatu watak sehingga terkesan kepada penonton. Baru-baru ini seorang pelakon, pengacara dan penyanyi, Alif Satar mendedahkan lakonan terbarunya yang berjudul Family Spy.

BACA: Video Lagu ‘Lawan Tetap Lawan’ Dari Kampung People Tular

Berkongsikan mengenainya melalui laman Instagram milik Alif Satar sendiri, drama berjudul ‘Family Spy’ tersebut bakal disiarkan di Astro Ceria. Dalam perkongsian oleh figura ini juga turut kelihatan Rozita Che Wan (Che Ta) merakamkan foto bersamanya.

Menerusi perkongsian itu, Alif Satar menulis seperti berikut:

“Anak polis, mak spy. Spy ke bersepai? Always wanted to do a drama that kids can watch! #FamilySpy coming on @astroceria soon!”

Berikut adalah foto yang dikongsikannya:

Alif Satar Family Spy 5

Perkongsian Alif Satar yang sedang sibuk dengan sesi pengambaran drama Family Spy ini telah meraih lebih 52,000 liked dan rata-rata netizen meninggalkan komen tidak sabar untuk menonton drama ini.

“Wowww!! Ejen Dayang ngan Ejen Alif”

Alif Satar Family Spy 2

“Eh Eh Ejen Ali comes to life laaa”

Alif Satar Family Spy 3

“Nak tunggu produser gabungkan Aliff dengan Syafiq Kyle buat filem aksi ala2 Filem Hong Kong sure meletopsss”

Alif Satar Family Spy 4

“Tak sabaq nak tunggu”

Alif Satar Family Spy 1

Selain dari Alif Satar dan Che Ta, drama ini turut menampilkan Sham Visa yang memegang watak antagonis. Berikut adalah rakaman yang memaparkan di sebalik tabir lakonan Sham Visa:

Wow! Hebat barisan pelakon drama bersiri yang bakal disiarkan di Astro Ceria ini. Bukan calang-calang!

Sumber: Alif Satar / meadihs

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

page

Nenek Turunkan Cucu Guna Tali Di Balkoni Untuk Selamatkan Kucing

Naqiu berlakon main

Naqiu Boboy Mula Berlakon, Peminat Beri Sokongan Padu