in , ,

CuteCute LoveLove

Anak Saharul Ridzwan 2 tahun mengaji belakang langsir – “Dia dengar and cepat ingat…”

saharul

Bak kata pepatah, melentur bulu biarlah dari rebungnya. Jika sudah menjadi buluh pula pasti sukar untuk diubah. Bagaimanapun, ia bukan sekadar pandangan peribadi namun setiap pelakuan baik perlu jugalah disemai sejak usia muda.

BACA: Rashidi Ishak kongsi ‘bloopers’ Kampung People, gelak sepanjang shooting!

Melihat pula perkongsian daripada seorang selebriti popular tanah air, Saharul Ridzwan apabila memuat naik satu rakaman video anaknya sedang mengaji dibelakang langsir.

Meskipun berusia 2 tahun, anaknya sudah pandai dan menurut Saharul Ridzwan dia ada mengajar anaknya, Ali membaca Iqra. Meskipun kelihatan dia tidak mendengar dan main-main namun ujarnya anak sebenarnya mendengar.

Anak Saharul Ridzwan mengaji

“Mengaji belakang langsir! Ingatkan hari tu saya ajar Ali baca Iqra’? Nampak macam dia tak dengar, main-main, tapi sebenarnya anak kita ni saja je.”

“Dia dengar and cepat ingat apa yang kita ajar atau buat. Jadi, bersabarlah kita sebagai ibu dan ayah dalam mendidik anak. InShaaAllah,” tulis Saharul Ridzwan.

Anak Saharul Ridzwan mengaji

Nasihatnya, sebagai seorang ibu dan ayah dia berkata bersabarlah dalam mendidik anak-anak dan perkara itu juga diakui oleh pengikut dan peminat Saharul Ridzwan.

Manakala, video Ali anak pasangan popular ini turut meraih lebih 200,000 tontonan yang turut mendoakan agar anak selebriti ini membesar menjadi anak yang soleh.

“Betul tu… ngajar ngaji umur besar ni…”

Anak Saharul Ridzwan mengaji

Anak Saharul Ridzwan mengaji

Screenshot_327

Screenshot_328

“Bijaknya Ali”

Screenshot_329

Sumber: Saharul Ridzwan

Written by Siti Zulk

It's me, stay focused

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

episod cinta main

Naqiu Rakam Semula ‘Episod Cinta’ & Bakal Hadir Dengan Single Baru

deko kantin sekolah main 2

Ramai Kagum Dekorasi Kantin Sekolah Ini Seperti Restoran Hipster