in

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Anak sulung Aliff Syukri ‘turun’ bantu Puteri Balqis

ammar

Kisah pelakon, Puteri Balqis bukan sahaja mendapat perhatian daripada peminat dan netizen malah ia juga mencuri tumpuan anak sulung kepada pasangan usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri dan Datin Shahida.

79342069_160912468519339_8836254013551415546_n

Anak sulungnya yang dikenali sebagai Ammar Ahyan dilihat turun membantu Puteri Balqis untuk menjual buku.

BACA: “Doktor sahkan dia bukan kanser tapi…”- Ibu Puteri Balqis

Ammar Ahyan juga dilihat menerima sejumlah wang daripada Datuk Aliff Syukri bagi memberikan bantuan buat Puteri Balqis sekaligus menjadi wakilnya.

Menerusi satu video dimuat naik, kongsi usahawan itu dia sebenarnya mempunyai peruntukan untuk memberikan bantuan buat yang memerlukan.

Anak Aliff Syukri bantu Puteri Balqis

Menerusi video berkenaan juga, Datin Shahida memberitahu mahu anaknya itu belajar untuk membantu sesiapa tanpa kehadiran dia dan suaminya.

Ammar Ahyan juga dilihat bersama Puteri Balqis dan memegang buku hasil tulisan daripada pelakon itu. Diruangan komen pula, rata-rata mendoakan keluarga usahawan itu selain memuji sikap baik anak sulung Datuk Aliff Syukri.

Sumber: Instagram

Written by Siti Zulk

It's me, stay focused

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Foto sekadar hiasan

Animasi Paparkan Usaha Lelaki Dapatkan Wanita Ini Bikin Berdekah!

majlis kahwin dalam kebun getah

Foto Majlis Kenduri Kahwin Dalam Kebun Getah Tular. Unik Dan Cantik!