in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LoveLove

Australia Bertindak Menakai 10,000 Ekor Unta Kerana Minum Terlalu Banyak Air

51929581_303-tile

Berikutan bencana kebakaran hutan yang sedang berlaku, Australia kini berdepan dengan musim kemarau yang paling teruk dalam sejarah.

BACA: Baik Personaliti Terkenal Mahupun Anjing, Semua Turun Padang Bantu Haiwan Di Australia

Sehubungan dengan itu, negara di bawah Asia itu terpaksa mengambil langkah-langkah pencegahan bermula semalam, dengan menakai unta.

Keputusan menakai 10,000 ribu ekor unta.

Menakai atau culling adalah tindakan mengenal pasti dan memilih binatang dalam sesuatu kum­pulan mengikut ciri-ciri bermanfaat atau memudaratkan, seterusnya mengurangkan populasi itu dengan pengorbanan secara terpilih.

51929581_303

Berikutan keputusan dari pemimpin-pemimpin orang asli, 10,000 ekor unta akan ditembak oleh pakar senjata api profesional dari helikopter.

Ia terpaksa dilakukan untuk menghalang haiwan tersebut daripada meminum terlalu banyak air di kawasan-kawasan yang mengalami kemarau. Proses menakai unta itu dijangka mengambil masa lima hari.

Unta-unta berkenaan perlu dikorbankan kerana menurut penduduk tempatan mereka telah melakukan kekacauan dalam mencari sumber air. Selain itu, unta juga dilaporkan melepaskan gas rumah hijau yang setara dengan satu tan karbon dioksida setahun.

camels-drinking-water_5e14197ea00f2
Kredit foto: National Geographic

Sebaik diumumkan, netizen meluahkan rasa berang terhadap keputusan itu memandangkan hampir setengah bilion haiwan telah terkorban dalam kebakaran tragis di negara itu.

Ramai yang beralih ke media sosial untuk menyuarakan protes dan meluahkan kekecewaan mereka terhadap sikap manusia. Ada juga yang mewujudkan petisyen untuk menghalangkan tindakan menakai unta itu dari diteruskan.

“Kita kini menyalahkan tumbuhan dan binatang?”

“Tak layak hidup di Bumi ini…”

“Manusia telah menjadi makhluk paling merbahaya…”

“Hanya kerana mereka minum air terlalu banyak…”

Menurut tuntutan Pelan Pengurusan Unta Lia Kebangsaan, populasi unta yang dianggarkan berjumlah 1.2 juta bertambah dua kali ganda setiap sembilan tahun jika rancangan kawalan haiwan perosak tidak dilaksanakan.

Sumber: India Today

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelakon Hun Haqeem

“Bagi saya tak salah kalau nak kahwin awal, itu pun sunnah…”- Hun Haqeem

hoverboard-tile

Papan Legar ‘Hoverboard’ Semakin Popular, Aksi Gagal Buat Ramai Terhibur