in

CuteCute OMGOMG WTFWTF

Azam tahun lalu tercapai, Wany Hasrita bawa ibu & keluarga tunai umrah

wany hasrtia

Penyanyi berusia 27 tahun yang cukup terkenal menerusi lagu Menahan Rindu, Wany Hasrita sebelum ini bersyukur kerana terpilih sebagai tetamu Allah untuk mengerjakan haji.

BACA: Kecoh padam foto & ‘unfollow’ Mira Filzah, Remy Ishak muat naik status

Bagaimanapun, selebriti ini pernah meluahkan rasa sedih kerana hasrat untuk membawa ibunya, Norita Jaafar untuk menunaikan ibadah haji bersama tidak kesampaian.

Wany Hasrita bawa ibu & keluarga tunai umrah

Terbaru, sebentar tadi Wany Hasrita berkongsikan berita gembira menerusi laman Instagram apabila dia dapat menunaikan azam tahun lalu.

Ini kerana, kongsi penyanyi popular ini dia bersama ibu serta keluarga akan berangkat mengerjakan umrah pada hari ini.

Wany Hasrita bawa ibu & keluarga tunai umrah

Melalui posting, Wany Hasrita dilihat berkongsikan beberapa keping foto dia bersama ibu serta keluarganya.

“Assalamualaikum, pagi semua! InsyaAllah saya, ibu & famili akan berangkat mengerjakan umrah hari ni. Minta maaf salah silap Wany ya!

“Tak tahu nak gambarkan rasa dalam hati, azam tahun lepas dapat tunaikan tahun ni. Alhamdulillah, Allah sebaik perancang. Doakan perjalanan kami selamat pergi balik ya,” tulis Wany Hasrita menerusi posting terbaru yang dikongsikan sebentar tadi.

Wany Hasrita bawa ibu & keluarga tunai umrah Wany Hasrita bawa ibu & keluarga tunai umrah

Selain memohon maaf kepada semua, Wany Hasrita juga tidak dapat mengambarkan rasa dalam hatinya kerana azam tahun lalu tercapai di tahun 2020 ini.

Dalam pada itu, berita Wany Hasrita bawa ibu & keluarga tunai umrah ini mendapat perhatian pengikut dan peminat yang turut mendoakan terbaik buatnya agar dipemudahkan segalanya.

Sumber: Wany Hasrita

Written by Siti Zulk

It's me, stay focused

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

bakat hun haqeem dipuji main

Bakat Hun Haqeem Dalam Drama Kampung People Dipuji Ramai

biodata riena diana main

Biodata Riena Diana, Pelakon Watak ‘Laila’