in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

“Bagi saya tak salah kalau nak kahwin awal, itu pun sunnah…”- Hun Haqeem

Pelakon Hun Haqeem

Nama pelakon baharu, Hun Haqeem sejak kebelakangan ini menjadi sebutan ramai. Manakan tak, penangan lakonannya dalam drama Kampung People tidak dinafikan juga mencuit hati ramai penonton.

BACA: Episod akhir Kampung People ‘trending’ luar biasa, Elly Mazlein seronok!

Bagaimanapun, walau baharu saja menempa nama dalam industri hiburan tanah air namun Hun Haqeem mendedahkan dia tidak menolak seandainya berjumpa jodoh dan menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat.

79739060_2930281176984022_3618752131879268889_n

Diusia yang muda, 22, katanya menerusi mStar, Hun Haqeem percaya dengan takdir hidup yang ditentukanNya dan menganggap perkahwinan bukan bermakna penutup rezekinya dalam bidang ini.

“Bagi saya tak salah kalau nak kahwin awal, itu pun sunnah… selalu orang letak persepsi kalau kahwin awal karier seni akan berakhir. Tapi bagi saya tidak, kerana yang paling penting keikhlasan kita dalam bidang ini.”

“Kalau Tuhan dah tulis kita berkahwin awal takkan dia nak tutup rezeki kita pula kan? Adakah sebab takut hilang nikmat dunia kita nak tolak rezeki jodoh yang Allah bagi, sebab itu saya sentiasa percaya rezeki Allah.”

80099847_636245397205805_1541951689371843921_n

Ujarnya lagi kepada mStar, berkahwin diusia muda banyak faedah dan diantaranya fizikal dia masih mampu untuk sara keluarga apatah lagi membesarkan anak-anak.

Bercerita pula tentang ciri wanita idaman, Hun Haqeem berkata dia tidak memilih cuma mahu keserasian dalam perhubungan.

70509692_193952601611142_7035976353755258257_n

“Saya tak letak target bila nak kahwin tapi kalau umur 25 tahun saya rasa dah okay… saya suka wanita yang luarannya sempoi dan kasar-kasar tapi hakikatnya seorang yang sangat mengambil berat tentang diri saya.”

Dalam pada itu, dia akui terkejut dengan sambutan hebat daripada penonton terhadap drama lakonannya itu, Kampung People.

Sumber: mStar 

Written by Siti Zulk

It's me, stay focused

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

poster parasite main

Koleksi Poster Filem ‘Parasite’ Dihasilkan Semula Dari Serata Dunia

51929581_303-tile

Australia Bertindak Menakai 10,000 Ekor Unta Kerana Minum Terlalu Banyak Air