in ,

CryCry

Baik Personaliti Terkenal Mahupun Anjing, Semua Turun Padang Bantu Haiwan Di Australia

people-helped-save-animals-fire-australia-5-5e1589ed9dd62__700-tile

Kebakaran hutan di Australia yang masih berlanjutan telah menyebabkan kemusnahan habitat utama haiwan-haiwan di negara itu. Hampir setengah bilion binatang dilaporkan terkorban dalam malapetaka itu, membuat penduduk seluruh dunia terkesan.

Berikutan itu, ramai yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menghulurkan bantuan dan menyelamatkan haiwan dalam kesusahan.

BACA: Langit Bertukar Merah, 500 Juta Haiwan Mati Akibat Kebakaran Di Australia

Selain ahli bomba, penduduk tempatan dan pencinta haiwan turut sama-sama membantu menyelamatkan nyawa mangsa kebakaran.

Antaranya adalah pasangan sepupu Micah dan Caleb yang memandu di sekitar kawasan hutan untuk menyelamatkan beruang Koala yang terperangkap.

Kredit foto: Alternative 666

Remaja berusia 18 dan 19 tahun itu cuba menyelamatkan sebanyak yang mungkin haiwan-haiwan tersebut dan mengumpulkan mereka di dalam kereta. Malangnya 60% daripada jumlah koala yang mereka temui telah mati terbakar.

Komuniti Islam di Australia juga hadir dengan 5 trak makanan untuk diberikan kepada ahli bomba yang kepenatan dan tidak berhenti bekerja selama berjam-jam.

Kredit foto: Facebook

Di samping itu juga, selebriti-selebriti dan personaliti terkenal ada yang turun padang atau mendermakan wang kepada Persatuan Red Cross, St Vincentde Paul Society, dan the Trustee for NSW Rural Fire Service & Brigades Donations Fund.

Antara yang sama-sama cuba meringankan beban Australia yang kehilangan berbilion haiwan eksotik mereka bersama 8.4 juta hektar tanah adalah Chris Hemsworth, Rebel Wilson, Maria Sharapova, Elton John, Kylie Minogue, dan Nicole Kidman serta suaminya Keith Urban.

page

Selain manusia, 2 ekor anjing bernama Patsy dan Patsy turut disanjung sebagai hero kerana membantu dalam usaha menyelamatkan koala dan biri-biri dari kawasan kebakaran.

 

 

 

Patsy menyelamatkan ternakan sementara pemiliknya cuba menghalang api dari memasuki kawasan ladang. Kredit foto: Instagram
Bear dilatih untuk mencari koala yang sakit, terkandas dan tercedera di dalam hutan yang dimusnahkan api. Kredit foto: Twitter

Malah, keluarga penjaga zoo terkenal Australia, Terry Irwin bersama 2 orang anaknya Bindi dan Robert juga telah membantu hampir 90,000 ekor haiwan.

people-helped-save-animals-fire-australia-5-5e1589ed9dd62__700
Kredit foto: Instagram

Jumlah haiwan yang terkorban tetap melebihi jumlah haiwan yang berjaya diselamatkan akibat kebakaran dasyat itu. Namun itu tidak menghalang orang ramai untuk terus berusaha mencari haiwan yang masih hidup.

Sumber: Bored Panda

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

wawa3

Keluarga Aeril Zafrel jadi pilihan netizen, kurang bermasalah & happy selalu

Foto sekadar hiasan. Sumber Foto

Aksi Rakun Pura-pura Jadi Patung Lepas Dikejutkan Ini Bikin Berdekah!