in ,

OMGOMG

Baru Minggu Pertama, Sepahtu Reunion 2020 Sudah Bikin Pecah Perut!

sepahtu reunion 2020 main

Buat yang malam minggunya sudah mulai bosan kerana ketiadaan rancangan tempatan menarik di televisyen, ada berita baik buat anda. Sepahtu Reunion 2020 kembali menghiburkan penonton dengan gelagat dan aksi yang bikin pecah perut.

BACA: Video Kompilasi Tarian Dari Adik Issabelle Cecah Hampir 2 Juta Tontonan!

Sebuah rancangan sitkom, Sepahtu Reunion 2020 dibintangi oleh Jep, Rahim, Shuib, Pak Ya dan artis jemputan berbeza setiap minggu. Disiarkan secara langsung setiap Jumaat di Astro Warna.

Pada 17 Januari lalu Sepahtu Reunion 2020 sudah pun mula bersiaran secara langsung. Di minggu pertama ini kelihatan tetamu jemputan mereka adalah Salih Yaacob, Diana Danielle dan Dayang Nurfaizah.

Petikan dari episod pertama Sepahtu Reunion
Petikan dari episod pertama Sepahtu Reunion

Biarpun baru episod pertama namun keletah pelawak-pelawak ini sememangnya bikin berdekah!

Menonton ringkasan episod kali ini sahaja sudah boleh membuat tertawa apatah lagi penonton yang hadir secara langsung.

Psst, ada persembahan istimewa Diana Danielle menyanyi secara langsung juga ya.

Berikut adalah ringkasan episod pertama Sepahtu Reunion 2020:

Di ruangan komen, rata-rata netizen yang sempat menonton episod pertama ini meninggalkan reaksi mereka seperti berikut:

“Kelakar gila tengok malam tadi. Part Shuib mati tu lagi teruk kelako dia!..”

sepahtu reunion 2020 1

“Permulaan yang semangat besttt!!”

sepahtu reunion 2020 2

“Minggu pertama dah non stop lawak ni aduhh sakit perut”

sepahtu reunion 2020 3

Biarpun episod pertama ini buat ketawa terbahak-bahak namun pengajaran yang boleh didapati darinya adalah hubungan antara anak dan bapa yang saling berkorban antara satu sama lain. Agaknya minggu depan apa pula idea mereka ini ya?

Sumber: Official Ria X

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

mak leha

“Finally you siap…”- Siti Saleha dedah ‘Mak Leha’ tak sabar nak gaduh

bayi

“Mcm pakai lens…”- Bayi bermata kelabu viral, artis2 terkenal pun ‘geram’ siap stalk!