in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Buang Bekas Pensil Baru Dalam Tong Sampah, Tindakan Ibu Ini Dipuji

page

Dari telefon pintar dan bekas pensil kegemaran, kanak-kanak zaman sekarang tidak pandai menghargai kemudahan dan kemewahan yang diberikan kepada mereka.

Kanak-kanak tidak memikirkan kesusahan yang ibu bapa lalui demi memberikan mereka kesenangan dan kegembiraan. Sebaliknya fikiran mereka dipenuhi dengan perkara yang mereka tidak miliki.

BACA: Nenek Turunkan Cucu Guna Tali Di Balkoni Untuk Selamatkan Kucing

Oleh itu kadang kala ibu bapa perlu mengingatkan anak-anak mereka betapa bertuahnya mereka kerana dapat memiliki apa yang mereka inginkan.

Perkara ini berlaku kepada seorang ibu dari Florida, Haley Hassell yang membelikan anak perempuannya sebuah bekas pensil jenama L.O.L. dan menyangka anaknya akan menyukai hadiah itu.

Walau bagaimanapun, daripada mengucapkan terima kasih, Presleigh yang berusia 6 tahun berkata hadiah itu bodoh kerana ramai rakan sekelasnya sudah memilikinya.

Dia kemudian membuangkan bekas pensil itu di dalam tong sampah dan menghempas pintu bilik.

Haley berkata tindakan anaknya itu membuat dia naik angin, tetapi dia mengawal kemarahannya untuk memberikan gadis kecil itu pengajaran.

Ibu itu memberitahu anaknya tidak mengapa, dia akan mendapatkan bekas pensil yang anaknya itu layak gunakan.

Haley kembali dan memberikan Presleigh satu beg kedap udara, membuatkan anaknya hilang akal dan cuba untuk mendapatkan semula bekas pensil L.O.L yang dibuangnya.

Namun ia telah terlambat apabila Haley menyuruh dia mengambil bekas pensil itu dari tong sampah supaya mereka boleh berikannya kepada kanak-kanak yang lebih memerlukan.

Ibu itu juga berpesan anaknya tidak layak untuk memiliki barang istimewa selagi dia tidak pandai menghargai apa yang dia miliki.

Reaksi Haley terhadap perangai buruk anaknya itu mendapat pujian netizen yang turut berdepan dengan anak-anak yang tidak pandai berterima kasih.

Namun Presleigh dikatakan mengambil pengajaran itu dengan positif. Dia sendiri memberikan bekas pensil L.O.L itu bersama beberapa alat tulis lain kepada pemilik yang baru.

Sumber: Bored Panda, Facebook

 

 

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

yana samsudin streaming game main

Yana Samsudin Jana Pendapatan Melalui ‘Game Streaming’

shuib

Siti Sarah prank suami, tapi sikap Shuib tak teragak bagi wang ‘350k’ dipuji!