in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Budak Lelaki Ini Dipaksa Tukar Baju Sebelum Naik Kapal Terbang

page

Rasa resah menaiki kapal terbang biasanya dipengaruhi oleh pelbagai faktor contohnya takut kepada ketinggian atau tempat tertutup. Walaupun tidak ramai yang mengalami masalah ini, sesiapa sahaja boleh merasa gementar apabila menaiki kapal terbang.

BACA: Langit Bertukar Merah, 500 Juta Haiwan Mati Akibat Kebakaran Di Australia

Bagaimanpun, baru-baru ini pula seorang budak lelaki telah dipaksa untuk menukar baju sebelum menaiki pesawat.

Stevie Lucas memakai baju T hitam yang memaparkan ular hijau besar yang dicetak di atasnya apabila pihak berkuasa menyatakan ia bukan pakaian yang sesuai untuk dipakai di atas kapal terbang.

Menurut ibu bapa kanak-kanak itu, pihak pengurusan di lapangan terbang New Zealand mengarahkan anak mereka menukar baju T grafiknya itu kerana takut timbulkan kebimbangan kepada penumpang lain.

Untuk menyelesaikan masalah itu, budak lelaki 10 tahun itu terpaksa menterbalikkan bajunya agar gambar ular tidak kelihatan.

Sementara ada yang menganggap pihak pengurusan sengaja membesar-besarkan hal yang tidak membahayakan sesiapa, ada juga yang bersetuju dengan tindakan itu.

“Kenapa ni jadi masalah?”

Annotation 2020-01-02 100004

“Kalau pakai baju gambar ves bahan letupan pun sama…”

Annotation 2020-01-02 100233

“Kalau dia duduk sebelah saya akan tukar tempat…”

Annotation 2020-01-02 100347

“Setuju untuk suruh dia tukar…”

Annotation 2020-01-02 100520

Annotation 2020-01-02 100701

“Kenapa gambar ular pun boleh jadi masalah pada orang lain…”

Annotation 2020-01-02 100617

“Lepas ni apa, baju gambar singa atau jerung?”

Annotation 2020-01-02 100946

“Kalau tatu ular macam mana?”

Annotation 2020-01-02 101001

“Tak faham kenapa kita yang perlu bersusah payah sebab masalah orang lain…”

Annotation 2020-01-02 101135

Sumber: Twitter

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

iklan star wars main

Iklan Filem Star Wars Dibintangi Kanak-Kanak Ini Cukup Kreatif!

Kapsyen Zizan buat pelakon wanita Neelofa

“Love you Zizan! Sangat hargai…”- Kapsyen Zizan buat Neelofa tinggal komen, lain pula yang jadi