in ,

AngryAngry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Budak Perempuan Minta Nak Kahwin, Ayat ‘Matang’ Buat Geli Hati

page

Setiap kali ibu bapa bercakap dengan anak-anak, mereka memberi peluang untuk membantu anak-anak untuk lebih matang, mempelajari tatabahasa, norma sosial, dan banyak lagi pengetahuan asas dalam kehidupan.

BACA: Abang Panggil Adik Minta Dekatkan ‘Remote’ TV, Netizen Kongsi Cerita

Tidak perlu untuk ibu bapa menghantar anak mereka ke kelas kemahiran bahasa atau kebudayaan. Mereka hanya perlu bercakap dengan anak mereka seperti orang dewasa dan bukan dengan bunyi-bunyi yang tidak masuk akal seperti babytalk.

web3-mother-daughter-child-scold-no-explain-shutterstock_1109516771
Foto sekadar hiasan.

Ini kerana otak kanak-kanak sangat berkuasa dalam pembelajaran. Kanak-kanak sememangnya kurang berpengetahuan daripada orang yang mempunyai pengalaman hidup lebih banyak, tetapi tidak bermakna mereka kurang pintar.

Orang dewasa boleh bercakap dengan kanak-kanak tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka dan menjawab soalan mereka seperti orang lain.

Photo of happy boy and his father tying neckties
Foto sekadar hiasan.

Kajian menunjukkan kanak-kanak yang sering bergaul dengan orang dewasa mempunyai hubungan dan pembangunan otak yang lebih kuat.

Kita juga ditekankan untuk menghabiskan masa berbual dengan kanak-kanak daripada meninggalkan mereka menonton televisyen atau bermain telefon pintar.

Namun terlalu terdedah kepada perbualan matang juga boleh mengajar anak-anak perkara yang tidak senonoh seperti mencarut dan memberi komen yang terlalu jujur.

640_1_2019_12_14_11_26_53
Foto sekadar hiasan.

Seperti juga dalam satu video yang tular, kedengaran seorang kanak-kanak memujuk ayahnya untuk minta ‘nak kahwin’.

Lebih mengejutkan, setelah banyak kali ditolak, kanak-kanak itu akhirnya mengatakan dia ‘nak mati lah’, membuat bapanya terkejut.

Rata-rata penonton geli hati dengan kata-katanya dan percaya bahawa kanak-kanak tersebut tidak mengetahui maksud apa yang diperkatakan. Namun sesiapa yang mendengarnya pasti kagum dan risau dengan kata-kata budak perempuan itu.

Sumber: Twitter

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

kompilasi tarian adik issabelle

Video Kompilasi Tarian Dari Adik Issabelle Cecah Hampir 2 Juta Tontonan!

mak leha

“Finally you siap…”- Siti Saleha dedah ‘Mak Leha’ tak sabar nak gaduh