in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Bulan Penuh Pertama Serentak Dengan Gerhana Bulan Penumbra Esok

GettyImages-912454900-1-tile
Kredit foto: Getty Images

Selepas gerhana matahari anulus bulan lepas, esok peminat astronomi berpeluang untuk mengikuti satu lagi fenomena alam yang jarang berlaku.

Bermula dari sekitar tengah malam hingga menjelangnya Subuh esok (11 Januari 2020), fenomena Gerhana Bulan Penumbra bakal berlaku.

BACA: Australia Bertindak Menakai 10,000 Ekor Unta Kerana Minum Terlalu Banyak Air

Fenomena ini akan dapat dilihat dari seluruh Asia, Australia, Eropah, dan Afrika. Lebih menarik, gerhana bulan penumbra ini akan berlaku serentak dengan bulan purnama pertama pada tahun ini, yang digelar sebagai bulan serigala (wolf moon).

Gerhana bulan penumbral berlaku apabila kedudukan Matahari, Bumi, dan bulan hampir sejajar. Bulan dilindungi sepenuhnya oleh ‘bahagian luar’ bayangan Bumi atau dikenali sebagai penumbra, mengakibatkan sebahagian jasad bulan menjadi gelap. Seterusnya ia akan berubah warna menjadi merah atau oren gelap.

Image result for penumbral moon eclipse
Kredit foto: Keith Burns/NASA

Sebaliknya, umbra adalah ‘bahagian dalam’ bayangan bumi dan yang paling gelap. Oleh kerana penumbra jauh lebih kabur daripada umbra, kesan gerhana bulan ini sukar dilihat dengan mata kasar dan biasanya tidak dapat dibezakan dengan bulan penuh biasa.

Related image

 

Dua situasi di angkasa perlu berlaku pada masa yang sama untuk gerhana bulan penumbral untuk terjadi.

Pertama bulan mesti berada dalam fasa bulan penuh. Kedua, Matahari, Bumi, dan bulan mestilah berkedudukan hampir sejajar, tetapi tidak sempurna seperti gerhana separa.

 

Image result for penumbral moon eclipse 2020

Fasa gerhana bulan Penumbra akan bermula pada 1:07 pagi 11 Januari waktu Malaysia sementara kemuncak fenomena itu akan berlangsung pada 3:09 pagi sebelum tamat pada 5:12 am.

Ia merupakan gerhana penumbral pertama dari empat gerhana bulan penumbral yang bakal berlaku pada tahun ini, dan yang pertama kali berlaku sejak 2017.

Sumber: ABC News, Falak Online

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Foto sekadar hiasan

Guru Nasihat 5 Perkara Ini Jangan Dibuat Dalam Whatsapp Group Kelas

82232429_1072722836414340_706897363906289676_n-tile

Juara Maharaja Lawak Mega 2019 milik Puteh, ini senarai penuh pemenang!