in

CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Bunga Api Tahun Baru Digantikan Persembahan Ratusan Drone. Terbaik!

persembahan dron ganti bunga api main

Memasuki tahun 2020, pastinya beberapa bandar besar di seluruh dunia ada menyediakan parti sambutan tahun baru pada malam terakhir 2019. Kebiasaannya jam 12 tengah malam, persembahan bunga api memecah kesunyian malam dengan percikan warna api cukup meriah. Walaubagaimanapun, berbeza dengan bandar Shanghai yang menyambut tahun baru dengan persembahan ratusan drone yang terbang di ruang udara.

BACA: Tahun 2020 Disambut Tanpa Kereta Terbang, Tapi Kemahiran ‘Editing’ Semakin Hebat

Menerusi laporan sebuah portal antarabangsa, hampir 2,000 drone digunakan dalam persembahan yang menggantikan bunga api pada malam itu. Lebih menarik, persembahan drone yang memeriahkan suasana tersebut dikendalikan oleh komputer yang telah diprogramkan.

Drone terbang dengan cahaya darinya membuatkan pengunjung dapat melihat dari jauh pergerakan yang membentuk tertentu. Persembahan drone itu berlaku di atas Sungai Huangpu.

persembahan dron ganti bunga api 2-tile

Difahamkan mereka memilih untuk menggunakan drone sebagai pengganti bunga api kerana ia dapat mengurangkan risiko kemalangan dan kebakaran yang tidak disengajakan serta pencemaran.

Persembahan drone itu bergerak menjadi beberapa bentuk seperti seorang lelaki sedang berlari, nombor kiraan menurun dan susunan seolah bunga api serta turut kelihatan nombor 2020 di ruang udara tersebut.

persembahan dron ganti bunga api 3-tile

Kemudiannya diikuti dengan tulisan ibunda mereka dari drone yang membawa maksud ‘dream pursuit’.

Berikut adalah video persembahan drone tahun baru yang dikongsikan oleh CGTN America:

Memang terbaik persembahan drone mereka ini! Lebih selamat dan mengujakan. Kreatif!

Sumber: CGTN America

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

pelakon Izara Aishah 'baby bump'

“#itsTrue…”- Izara Aishah kongsi video ‘baby bump’, raih 400K tontonan!

nyanyi berhenti berharap penuh perasaan main

Shazriq Nyanyi ‘Berhenti Berharap’ Penuh Perasaan Buat Ramai Emosi