in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Cara Kreatif Bapa Ini Menjaga Anak-anak Di Rumah Undang Geli Hati

dad-babysits-kids-takes-nap-drawing-1-5e05e01cb5cd2__700-tile

Dalam keluarga, anak-anak memerlukan keseimbangan personaliti dari kedua ibu bapa mereka. Biasanya ibu lebih tegas dalam mendisiplinkan anak-anak, manakala ayah pula bersikap kurang serius.

Walaupun begitu, ia tidak bermakna bapa kurang pandai menjaga dan mengawal anak-anak. Walaupun ramai bapa yang terkenal dengan jalan short cut dalam menguruskan anak-anak, teknik licik mereka sentiasa berkesan.

BACA: Wow! Ibu Bapa Ini Buktikan Sangat Mengenali Anak-Anak Mereka

Seperti seorang bapa ini, dia terpaksa memikirkan cara yang kreatif di mana dia dapat meluangkan masa untuk diri sendiri sambil menjaga anak-anak.

Related image

Michael meyakinkan isterinya Monica untuk pergi membeli barangan dapur seorang diri dengan tenang sementara dia menjaga anak di rumah.

Namun bapa tersebut mempunyai rancangan lain dalam fikirannya. Lelaki yang merupakan seorang jururawat itu baru pulang dari bertugas selama 12 jam dan terlampau penat untuk memerhatikan 4 orang anaknya.

Oleh itu dia terpaksa menggunakan helah licik dengan menyuruh anak-anaknya melukis dirinya sedang berposing di atas sofa, dan lukisan paling cantik akan memenangi satu bar coklat.

dad-babysits-kids-takes-nap-drawing-1-5e05e01cb5cd2__700
Kredit foto: Facebook

Selepas beberapa jam, isterinya pulang dari membeli belah dan mendapati suaminya sedang tidur di atas sofa. Dalam pada masa yang sama anak-anak mereka pula sedang melukis aksi bapanya itu. Tindakan bijak Michael itu membuat Monica kagum dan geli hati.

dad-babysits-kids-takes-nap-drawing-2-5e05e01e6ba22__700

Kisah yang dikongsikan di Facebook itu membuat ramai terhibur dan mengundang netizen untuk berkongsikan pengalaman yang sama.

Kebanyakkan ibu bapa mengakui tidak mempunyai masa untuk diri sendiri dan terpaksa memikirkan cara kreatif untuk berehat sambil menjaga anak.

Sumber: Bored Panda

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SMK TTDI JAYA kawad kaki main

Perbarisan Kawad Kaki Berirama SMK TTDI Jaya Ini Gempak Habis!

poster parasite main

Koleksi Poster Filem ‘Parasite’ Dihasilkan Semula Dari Serata Dunia