in

CuteCute LoveLove OMGOMG WTFWTF

“Chill…”- Jadi hos jemputan Meletop, Erra Fazira sudah jangka ada pihak ‘tembak’

erra2

Kejutan daripada selebriti popular, Erra Fazira sebagai hos jemputan di program Meletop pada Selasa lalu mendapat pelbagai reaksi.

BACA: “Nak Jihan”- Kejutan Meletop awal 2020, Erra Fazira kendali bersama Nabil

Ada yang teruja mahupun sebaliknya kerana inginkan selebriti kegemaran mereka untuk mengacara program berkenaan bersama Nabil Ahmad setelah selebriti Neelofa secara rasmi pada tahun ini berundur sebagai pengacara Meletop.

Bagaimanapun, menjenguk kelaman Instagram milik Erra Fazira, dia kelihatan sudah menjangka perkara itu akan berlaku setelah dia menjadi pengacara jemputan Meletop di episod pertama tahun baharu ini.

View this post on Instagram

Semalam . Menjadi pengacara JEMPUTAN @meletop !! Perghhhh sudah dijangka pasti ada pihak yg tembak krn mahukan artis favourite mereka yg beraksi.. sabaooooo adik adik.. ini JEMPUTAN sahaja.. minggu depan orang lain pulak k.. chill chill dong.. . Apapun, thank you @nabilzira yg mmg spontan dan selamba dek jer dia mengacara.. kurang sikit nervous bila bergandingan dgn org hebat!! Keep it up bro!! U mmg win!!! Thank you team meletop sudi undang saya.. set baru mmg mengancammm!! Tantekkkkk nampak wow!!😍😍🥰 Ada rezeki insyaAllah panggil lagi k! Nak pakai baju pelik pelik tapi benar lagiiii.. 🤪🤣🤣🤣 . . Makeup : @makeupbydeqsha Wardrobe : @ooicouture Stylist : @abushaefhamza #styledbybu

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

Erra Fazira bagaimanapun menasihati agar mereka bersabar kerana dirinya sekadar jemputan sahaja dan minggu depan orang lain pula akan mengacara program itu.

“Semalam. Menjadi pengacara jemputan Meletop!! Perghhh sudah dijangka pasti ada pihak yg tembak kerana mahukan artis favourite mereka yang beraksi… sabaooo adik adik… ini jemputan sahaja… minggu depan orang lain pulak k.. chill chill dong.”

selebriti hos jemputan Meletop

Selebriti yang cukup terkenal dalam industri hiburan ini turut berkongsikan beberapa keping foto disaat mengacara pada Selasa lalu selain turut berterima kasih kepada Nabil Ahmad yang memang spontan dan selamba ketika mengacara.

“Apapun, thank you Nabil yg mmg spontan dan selamba dek jer dia mengacara… kurang sikit nervous bila bergandingan dgn org hebat!! Keep it up bro!! U mmg win!!”

“Thank you team Meletop sudi undang saya.. set baru mmg mengancammm!!! Tantekk nampak wow…”

Bagaimanapun, diruangan komen netizen memberikan reaksi positif tentangnya dan memberikan sokongan malah ada juga yang inginkan Erra Fazira kekal sebagai hos Meletop.

Reaksi ramai

Screenshot_437

Screenshot_438

Screenshot_439

Antara foto Erra Fazira ketika jadi hos jemputan Meletop

selebriti hos jemputan Meletop selebriti hos jemputan Meletop selebriti hos jemputan Meletop

Sumber: Erra Fazira

Written by Siti Zulk

It's me, stay focused

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

budak menari mengantuknya mumia main

Budak Menari ‘Mengantuknya Mumia’ Di Sekolah Raih Perhatian Ramai

SMK TTDI JAYA kawad kaki main

Perbarisan Kawad Kaki Berirama SMK TTDI Jaya Ini Gempak Habis!