in ,

WTFWTF

Cuba Permainan Sebagai ‘Theme Park Tester’ & Terima Bayaran

dibayar cuba taman tema main

Buat yang gemar bermain permainan atau ride di taman tema, ada berita baik buat anda. Sambil bermain anda juga akan menerima sejumlah wang. Wow, biar benar boleh dapat bayaran pula?

BACA: Ramai Yang Tersentuh Hati Dengan Iklan Levi’s Ini

Menerusi satu laporan antarabangsa, sebuah syarikat bernama Ocean Florida memberikan tawaran kepada sesiapa sahaja yang sanggup untuk mencuba permainan di seluruh taman tema di Florida.

Bukan sahaja dapat bermain percuma, malah terima sejumlah bayaran pula. Sesiapa yang sanggup bermain dan membuat ulasan mengenainya akan menerima bayaran £1,000 (RM5,397) seminggu.

dibayar cuba taman tema 1

Wow, banyak jumlahnya itu! Nama jawatan yang ditawarkan ini adalah ‘Official Florida Theme Park Tester’ dan antara senarai tugasan yang perlu dilakukan adalah anda perlu mencuba setiap permainan dalam taman tema, tarikan serta makanan dan minuman yang terdapat di sana.

dibayar cuba taman tema 2

Menerusi iklan yang disiarkan oleh syarikat tersebut, pemohon jawatan ini haruslah pandai menggunakan media sosial dan merakamkan foto dan video. Malah si pemohon digalakkan untuk berkongsikan pengalaman sendiri melalui akaun Instagram sendiri dan mungkin akan diberikan kebenaran untuk mengambil alih laman sosial Ocean Florida.

dibayar cuba taman tema 3

Antara taman tema yang ada di Florida adalah Universal Studio, Disney World dan Busch Gardens.

Lebih menarik, kos perjalanan dan penginapan dibiayai sepenuhnya oleh syarikat ini, serta anda boleh bawa seorang rakan bersama.

Memang terbaik tawaran kerja ini, sesiapa yang berminat mungkin boleh mencubanya.

Sumber: The Sun

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

netizen

Sahabat baik ‘rampas’ suami, wanita ini beri pesanan untuk jaga-jaga

MateBook D15 main

HUAWEI MateBook D 15 Miliki Semua Ciri Keperluan Sebagai ‘Teman Istimewa’ Anda!