in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL OMGOMG WTFWTF

Curiga Anak Demam Sampai 20 Hari, Rupa-Rupanya…

thermometer_weibo-tile

Demam adalah situasi apabila suhu badan mencecah atas 38 darjah Celcius. Bacaan suhu yang diambil dari bawah tangan mungkin satu darjah lebih rendah daripada suhu dalam mulut.

Bacaan dari rektum juga mungkin satu darjah lebih tinggi daripada bacaan suhu mulut. Namun seorang bapa percaya bahawa pihak hospital di mana anak kecilnya dimasukkan memberi bacaan suhu yang salah.

BACA: Jutawan Jepun Cari Teman Istimewa Untuk ‘Melancong’ Ke Bulan

Lelaki yang dikenali sebagai Jiang itu membawa anaknya yang berusia 3 tahun ke hospital kerana masalah jangkitan paru-paru. Kanak-kanak itu dipindahkan ke hospital lain apabila dia beransur sembuh, di mana dia kemudian dikatakan mengalami demam.

Berita itu membimbangkan ibu bapa kanak-kanak itu memandangkan mereka diberitahu bahawa demam boleh membahayakan nyawa anak mereka.

Suhu tidak berubah.

Namun Jiang mula curiga apabila bacaan suhu anaknya kekal tinggi selepas 20 hari, sedangkan imbasan tomografi (CT) dan ujian darah menunjukkan bahawa segala-galanya adalah normal.

 

Anaknya juga kelihatan ceria dan bersemangat walaupun suhu badannya tinggi. Tambahan pula, segala rawatan dan ubat yang diberikan tidak memberi kesan kepada suhu anaknya.

Sumber foto: Tangkapan skrin/Asia One

Selain itu, jururawat kadang kala akan menggunakan termometer digital pada dahi atau telinga, di mana bacaan suhu badan anaknya adalah normal.

Walau bagaimanapun, jururawat tidak mempedulikan ketidakseragaman bacaan suhu anaknya dan terus melaporkan bahawa budak itu demam berdasarkan bacaan suhu rektal dari satu termometer merkuri.

Termometer tidak tepat.

Jiang akhirnya meminta termometer baru dan terbukti termometer yang digunakan selama ini tidak tepat dan menunjukkan bacaan yang salah.

 

Bukan sahaja dia terpaksa berhabis banyak wang, malah anaknya juga diberikan pelbagai ubat yang tidak diperlukannya.

Annotation 2020-01-15 153103
Foto tangkapan skrin menunjukkan Jiang memarahi jururawat tentang kesilapan itu.

Namun pihak hospital enggan mengaku kesalahan diagnosis dan tetap berkeras bahawa bacaan suhu berubah-ubah. Mereka juga enggan bekerjasama apabila bapa itu meminta rekod bacaan suhu badan anaknya.

 

Siasatan awal oleh jabatan kesihatan menolak dakwaan hospital dan menunjukkan bahawa termometer yang dipersoalkan itu memang tidak tepat.

Akibatnya pihak hospital perlu membayar pampasan kepada keluarga lelaki berkenaan.

Sumber: Asia One, Weibo

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

EOERgUNVAAE_0f9 (1)-tile

Jutawan Jepun Cari Teman Istimewa Untuk ‘Melancong’ Ke Bulan

page

Kisah Puteri Balqis Tular, Komen Youtube Cetus Persoalan Tentang ‘Nama’