in

“Dak Eng”- Video Pelajar Antarabangsa Makan Budu Raih Perhatian Ramai

makan budu main

Budu dan masyarakat yang berasal dari Pantai Timur sememangnya tidak dapat dipisahkan. Makanan yang dimakan bersama nasi dan ayam atau ikan goreng ini menjadi kegemaran kerana rasanya yang unik dan istimewa. Ini terbukti apabila baru-baru ini tular dengan satu video yang memaparkan seorang pelajar antarabangsa yang menunjukkan cara-cara makan budu.

BACA: Adik Menari ‘Mengantuknya Mumia’ Tular, Ini Video Comelnya Yang Lain

Video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dengan nama @_ArifHisham_ itu telah meraih perhatian ramai. Dalam rakaman berdurasi 21 saat itu kelihatan pelajar antarabangsa itu sedang makan nasi sambil menunjukkan cara makan budu.

Foto sekadar hiasan. Sumber: Kelantanfood.com
Foto sekadar hiasan. Sumber: Kelantanfood.com

Buat yang tidak tahu apa itu budu, ia adalah pati ikan bilis yang kebiasaannya dicampurkan dengan potongan cili padi dan perahan limau.

Namun apa yang lebih menarik apabila di penghujung video itu kedengaran lelaki tersebut menyebut, “dap eng”.

Berikut adalah video pelajar antarabangsa makan budu yang menjadi perhatian ramai:

Ada yang terliur tak tonton lelaki ini makan? Video tersebut telah meraih lebih 170,000 tontonan dengan 11,600 retweets serta 9,600 likes.

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka mengenai video ini di ruangan komen seperti berikut:

“That ‘dak eng’ hahahha”

makan budu 4

“Letak limau dan cili pula kan hmm sedap boh!!”

makan budu 1

“Ya Allah aku terliur!! Hahah sedapnye! Nak lagi ada petai bakoo”

makan budu 2

“Hahahah selera bhai dia. Aku pun nampak terliur doh”

makan budu 3

Sumber: _ArifHisham_

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

rashidi

“Pak Abu dengar..”- Kampung People musim kedua? Ini dedah Rashidi Ishak

simulator pesawat main

Guru Di SK Gong Nangka Bina Simulator Pesawat Dari Barangan Terpakai