in

CryCry CuteCute LoveLove OMGOMG

Datuk Beli Bas Sekolah Mini Untuk Hantar 10 Cucu Ke Sekolah

datuk beli bas sekolah main

Bermula sesi persekolahan pastinya menimbulkan pelbagai kegusaran dalam hati ibu bapa. Lebih-lebih lagi jika anak mereka pertama sekali ke sekolah dan anak sulung. Dari segi keselamatan pula ketika pergi dan balik sekolah yang mana menaiki van.

BACA: Raih 1.3 Juta Views Kucing Pakai Kostum Tarian Singa, Ramai Terhibur!

Namun berbeza bagi seorang lelaki ini yang merupakan datuk kepada cucunya. Datuk ini membeli bas mini untuk memudahkan menghantar cucunya ke sekolah. Doug Hayes dari Oregon, Amerika Syarikat membeli sebuah bas mini sebagai hadiah buat dirinya pada Krismas 25 Disember lalu.

22670716-7827323-image-a-48_1577342794953-tile

Menariknya bas tersebut turut ada tulisan ‘Grandfather express’ di bahagian tepinya. Menerusi laporan media antarabangsa, datuk beli bas sekolah ini memiliki lima orang cucu yang sedang belajar di sebuah sekolah swasta.

Disebabkan ibu bapa mereka kesemuanya bekerja, dia yang banyak menguruskan pengangkutan cucunya itu pergi dan balik dari sekolah.

Oleh kerana kekurangan bas sekolah di kawasan tempat tinggal mereka juga menjadi sebab dia mengambil alih tugas menghantar lima cucunya itu ke sekolah. Tambahan pula lima lagi cucunya turut akan mula bersekolah tidak lama lagi. Ini membuatkan datuk beli bas sekolah bagi memudahkan urusan harian mereka nanti.

191224180852-01-grandfather-express-exlarge-169-tile

Memang terbaik betul inisiatif dan idea lelaki ini. Bukan sahaja memberikan kemudahan kepada cucu-cucunya, malah dapat mengisi masa lapangnya dengan menyediakan kenderaan kepada mereka untuk ke sekolah.

Pastinya cucu-cucu lelaki ini bangga bila hadir ke sekolah dengan menaiki bas yang dipandu dan dimiliki oleh datuk mereka. Terbaiklah!

Sumber: Dailymail

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Foto sekadar hiasan

Lelaki Ini Cipta Lagu Putus Cinta, Ramai Beri Kata Semangat Dan Pujian

ben amir

“Sebijik Lisa…”- Drama baru Ben Amir & Mimi Lana, netizen teruja!