in ,

WTFWTF

Diserang Sawan Ketika Main Game, Rakan Internet Selamatkan Nyawa

skynews-aidan-jackson-gaming_4889215-tile

Sawan biasa berlaku kepada pesakit epilepsi apabila mereka menerima gangguan aktiviti elektrik yang berlebihan dalam otak atau ‘sensory overload‘.

Situasi ini juga boleh tercetus oleh pelbagai faktor, antaranya kekurangan tidur, stres, bunyi bising, atau pengcahayaan yang ekstrim.

BACA: Lelaki Sanggup ‘Edit’ Filem Disney Untuk Lamar Teman Wanita

Segelintir pesakit epilepsi sangat sensitif terhadap cahaya. Kondisi yang dikenali sebagai fotsensitif ini menyebabkan pesakit mudah terkena sawan dalam suasana yang terlampau terang dengan corak cahaya berkelip-kelip.

Related image

Oleh itu, filem atau permainan video yang menggunakan teknik pengcahayaan biasanya akan memberikan amaran kepada orang ramai supaya berhati-hati.

 

Seperti yang terjadi kepada seorang remaja baru-baru ini, dia telah terkena sawan ketika bermain game dengan rakan sibernya.

Ketika kejadian berlaku, Aidan Jackson sedang bermain di dalam talian dari bilik tidurnya di Widnes, England, apabila dia tiba-tiba kejang.

Aidan

Mujur rakan sepermainannya Dia Lathora berjaya menyelamatkan nyawanya walaupun berada dari jarak 5,000 batu.

Gadis berusia 20 tahun dari Texas itu menghubungi polis di U.K apabila dia menyedari ada sesuatu yang tidak kena.

p0802nbz

Apabila polis tiba di rumah Aidan 40 minit kemudian, ibu bapanya yang sedang menonton TV di ruang tamu langsung tidak tahu remaja 17 tahun itu sedang diserang sawan di dalam biliknya.

Menurut gadis itu, dia dapat mendengar bunyi seperti tersedak dan menangis disebalik pernafasan yang kuat.

Keluarga Aidan sangat berterima kasih dengan dia atas tindakannya untuk terus menghubungi 999 dan menyelamatkan nyawa rakan internetnya itu walaupun mereka tinggal berjauhan.

Sumber: Sky News

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

page

Lelaki Sanggup ‘Edit’ Filem Disney Untuk Lamar Teman Wanita

page

Ibu Geram Lihat Skrin Rosak, Campak Televisyen Ke Lantai