in ,

Douglas Lim Buat Parodi Drama Adellea Sofea Bikin Ramai Tertawa!

parodi adellea sofea main

Drama Adellea Sofea yang kini ditayangkan di Slot Akasia di TV3 kini menjadi salah satu rancangan kegemaran ramai. Drama ini dibintangi oleh Mira Filzah, Ungku Ismail, Fizo Omar dan ramai lagi. Baru-baru ini, seorang pelawak bernama Douglas Lim buat parodi drama Adellea Sofea ini dan telah meraih perhatian ramai.

BACA: Kisah Inspirasi Suri Rumah Raih Pendapatan Melalui Game PUBG

Jika kebiasaannya ramai yang membuat parodi di dalam babak sesebuah drama, tapi bagi pelawak ini yang berfikiran di luar kotak telah membuat parodi bertajuk ‘Adellea Sofea Dilema Director’.

Dalam video ini Douglas Lim berlakon sebagai pengarah bagi drama tersebut. Selain itu turut dipaparkan suntingan satu babak yang mana Ungku Ismail tidak bergerak mahu pun bercakap.

Salah satu ayat yang diucapkan Douglas Lim yang buat ramai terhibur adalah, “Scene ni dah 5 minit, tapi post u sama je. Saya tau sebagai seorang director, saya tak patut buat awak rasa tertekan. Tapi saya risau leher awak cramp’.

Video tersebut dikongsikan oleh pengarah drama Adellea Sofea ini sendiri iaitu Shahrulezad Mohameddin melalui Instagram miliknya telah membuatkan ramai terhibur.

Rata-rata netizen dan rakan selebriti meninggalkan reaksi mereka mengenai video parodi ini di ruangan komen seperti berikut:

“Hahahha part Sofea cakap tu sedih. Saya pun nangis”

parodi adellea sofea 2

“Ini kelakar weh kelakar”

parodi adellea sofea 3

“Tak sekarang ni yang tak tahan 18 dan 19 pun termasuk sekali. Hebat aura ayah si Fir ni”

parodi adellea sofea 4

“Hahhahah sumpah lawak”

parodi adellea sofea 1

Sumber: budakijat

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ain edruce dance monkey main

Diana Danielle & Ain Edruce Cover Dance Monkey. ‘Crack’ Habis!

uqasha senrose tahun 2020

‘2020’ Uqasha Senrose sibuk shooting payung foto, gigi pula jadi perhatian