in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Foto Haiwan Mangsa Kebakaran Hutan Di Australia Raih Simpati Ramai

foto haiwan kebakaran australia main

Sejak beberapa bulan lalu sehingga ke hari ini, berita mengenai kebakaran hutan di Australia masih tiada penghujungnya. Ruang udara bertukar merah, penduduk setempat dipindahkan dan haiwan juga turut terkesan dari bencana ini.

BACA: Bomba Bantu Tangkap Lalat Yang Disangkakan Haiwan Buas

Kawasan yang menjejaskan di pantai timur Australia ini dikatakan ekoran suhu tinggi dan angin kencang sehingga menyebabkan situasi semakin teruk.

Setakat ini, dilaporkan 23 orang dan 500 juta haiwan terkorban. Dalam jumlah ini, 8,000 koala turut terkorban dengan menyaksikan kira-kira lebih 5.5 juta hektar hutan terbakar dan lebih 14000 rumah musnah.

Menerusi laporan Astro Awani semalam, penduduk di bandar Eden diarah berpindah selepas diisytiharkan sebagai kawasan itu tidak lagi selamat oleh pegawai polis tempatan.

Sememangnya situasi kebakaran hutan di Australia itu mampu membuatkan siapa sahaja tersentuh hati apabila melihatkan keadaan ini.

Di sosial media, netizen merakamkan kesedihan mereka mengenai situasi ini melalui #PrayForAustralia.

Beberapa video turut dikongsikan melalui tanda pagar ini yang memaparkan keadaan api yang kian marak di sana.

Berikut antara video yang dikongsikan pengguna media sosial:

Selain itu, beberapa foto yang memaparkan keadaan penduduk dan haiwan yang terjejas membuatkan ramai turut tumpang simpati. Ini antara foto yang dikongsikan:

foto haiwan kebakaran australia 4

foto haiwan kebakaran australia 5

foto haiwan kebakaran australia 6

foto haiwan kebakaran australia 7

foto haiwan kebakaran australia 1

foto haiwan kebakaran australia 2

foto haiwan kebakaran australia 3

Tak dapat bayangkan bagaimana situasi mereka di sana. Manusia pun boleh terkesan hilangnya kediaman ini pula haiwan yang jelas kelihatan ketakutan di mata mereka. Sama-sama kita doakan kebakaran ini berakhir secepat mungkin.

Sumber: Twitter / Astro Awani / Berita Harian

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

81274977_473655430226883_3194925659191447932_n-tile

“Saya perlu…”- Mira Filzah ulas tentang ‘seseorang’, isu Remy Ishak juga…

80539377_586055035307714_1005135300733021526_n-tile

Episod 12 trending no 2 di Youtube! Kampung People ‘digilai’ penonton