in

CuteCute OMGOMG WTFWTF

Foto Majlis Kenduri Kahwin Dalam Kebun Getah Tular. Unik Dan Cantik!

majlis kahwin dalam kebun getah

Baru-baru ini tular di sosial media dengan perkongsian beberapa foto yang memaparkan majlis kenduri kahwin diadakan di dalam kebun getah. Foto-foto tersebut meraih perhatian ramai kerana nampak majlis cukup ringkas namun cantik hasilnya.

BACA: Animasi Paparkan Usaha Lelaki Dapatkan Wanita Ini Bikin Berdekah!

Jika zaman dulu-dulu, majlis kahwin kebiasaannya dibuat di rumah ibubapa pengantin. Namun hari ini pelbagai pilihan seperti dewan, hotel atau pun rumah sewa boleh dijadikan lokasi majlis persandingan.

Tapi lain pula dengan himpunan foto yang menarik perhatian ramai baru-baru ini. Majlis kahwin tersebut diadakan di kebun getah. Difahamkan foto majlis perkahwinan itu berlangsung di Thailand.

Perkongsian foto kenduri kahwin dalam kebun getah tersebut telah dikongsikan oleh Info Sungai Petani dan telah meraih lebih 6,600 shares.

Berikut antara foto-foto yang dikongsikan:

majlis kahwin dalam kebun getah 6

majlis kahwin dalam kebun getah 2

majlis kahwin dalam kebun getah 3

majlis kahwin dalam kebun getah 4

majlis kahwin dalam kebun getah 5
Wow! Memang cantik betul hasil foto majlis perkahwinan ini. Luarbiasa dan unik sekali! Mungkin ini boleh dijadikan inspirasi buat anda yang bakal mengadakan majlis tidak lama lagi. Bayaran sewa lokasi dan khemah pun jimat kalau buat majlis seperti ini.

Apa yang penting, cuaca tidak hujan dan foto majlis anda nanti pasti cantik seperti ini. Kos untuk hiasan pun tidak banyak diperlukan.

Biarpun begitu, di ruangan komen rata-rata netizen meninggalkan reaksi yang menyatakan di Malaysia kebun getah tidak secantik ini. Banyak semak-samun dan perlu dibersihkan dahulu.

Namun rasanya jika ada yang memulakan buat majlis seperti ini di negara kita, mungkin ia boleh menjadi satu trend ikutan ramai.

Sumber: Info Sungai Petani

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ammar

Anak sulung Aliff Syukri ‘turun’ bantu Puteri Balqis

amyra

Anak Amyra Rosli rambut pendek, dari comel terus jadi kacak!