in ,

CuteCute

Gajah Masuk Lobi Hotel, Gelagat ‘Santai’ Buat Terhibur

23633028-7907443-image-a-46_1579523071679-tile

Jika kuman di seberang lautan kita boleh nampak, apatah lagi gajah di depan mata. Terutamanya bagi pengunjung sebuah hotel di Sri Lanka baru-baru ini apabila haiwan itu muncul di lobi hotel tersebut.

BACA: Mangsa Gunung Berapi Taal ‘Bergaya’ Dengan Pakaian Sumbangan

Satu rakaman yang tular dengan lebih 6 juta tontonan di Twitter menunjukkan seekor gajah liar berjalan dengan santai sambil memerhati sekelilingnya di dalam sebuah hotel.

Seperti gajah masuk hotel.

Dalam video tersebut, gajah yang diberi nama Natta Kota itu kelihatan seolah-olah memeriksa pelbagai objek disekelilingnya. Dia kemudian berjalan ke hujung bilik sebelum menjatuhkan sebuah lampu berdiri.

Babak tersebut dirakamkan di Hotel Jetwing Yala di mana haiwan besar itu dikatakan merupakan tetamu biasa di situ.

Rakaman yang dikongsikan di media sosial menunjukkan Natta Kota, nama yang diberikan sempena ekornya yang cacat, sedang mundar mandir dengan senyap di lobi hotel itu.

Dia kemudian mengambil sebatang lampu dengan belalainya dan menjatuhkannya, dan cuba mengambilnya semula, sebelum beredar dengan tenang.

Pengguna Twitter atas nama ‘@upidaisy’, yang berkongsikan video tersebut menulis “Bangun dengan mesej dari ibu tentang seekor gajah liar yang memasuki hotel di Sri Lanka dan berjalan santai sambil menjatuhkan barang dengan belalainya.”

Rata-rata netizen turut terhibur menyaksikan gelagat comel dan selamba gajah itu dan ramai yang meninggalkan pelbagai komen lucu.

“Dia rasa bersalah sebab jatuhkan lampu tu…”

“Macam dia berjengket supaya orang lain tak terbangun…”

“Dia pegang lampu tu dan oops…”

“Jarang berlaku di Kanada sebab mereka spray ubat penghalau gajah…”

 

Sumber: Twitter

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

page

Pelakon Baling Prop Ke Lantai, Melantun Kena Kepala Jurukamera

Two-men-make-Earth-sandwich-20000-km-apart-1-735×389-tile

Wow! Dua Lelaki Dari Seberang Dunia Hasilkan ‘Sandwic Bumi’