in

CuteCute LoveLove

Gelagat Anak Shaheizy Sam Mahu Ke Sekolah Malam Buat Ramai Terhibur!

mat yip pergi sekolah main 2

Apabila melihat gelagat anak kecil pelbagai ragam mampu menghiburkan hati yang sedang gundah gulana. Sama seperti gelagat Mat Yip yang mahu ke sekolah pada waktu malam dalam satu perkongsian oleh bapanya sendiri, Shaheizy Sam.

BACA: Persembahan Sophia Liana Di Dansa Dan Sing Dipuji Ramai!

Menerusi perkongsian oleh pelakon dan usahawan, Shaheizy Sam di laman Instagram miliknya malam tadi, anak sulungnya yang dipanggil Mat Yip sedang sibuk memakai kasut untuk ke sekolah.

Mat Yip atau nama sebenarnya Syeriv Samheizy
Mat Yip atau nama sebenarnya Syeriv Samheizy

 

Dalam video berdurasi 1 minit 45 saat itu kelihatan Mat Yip yang lengkap berpakaian yang sedang mengambil kasut untuk dipakai di depan pintu. Turut kedengaran suara bapanya, Shaheizy Sam yang bertanyakan pada anaknya mahu ke mana sambil di sahut anak kecil itu dia mahu ke sekolah.

Berikut adalah video yang dikongsikan oleh Shaheizy Sam itu:

Adoi, macam-macam hal Mat Yip ya! Nasiblah comel je jawab nak pergi sekolah biarpun jam sudah menginjak ke tengah malam. Video tersebut telah meraih lebih 327,000 tontonan dengan 52,589 likes.

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka mengenai video gelagat Mat Yip ini di ruangan komen seperti berikut:

“Semangatnya dia nak g school”

mat yip pergi sekolah 2

“Amboi Syeriv kemain semangat ni”

mat yip pergi sekolah 3

“Cleverboy Mat Yip comel dia nyanyi”

mat yip pergi sekolah 4

“Nak belajar apa Yip malam2, cikgu semua takdak, yang ada hantu Jepun je”

mat yip pergi sekolah 1

Sumber: Shaheizy Sam

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

penyanyi gary sertai Superman Returns

4 tahun tinggalkan Running Man, Gary ‘sah’ sertai Superman Returns

azhan rani berlakon sentuh jiwa main

Kongsi Foto Dari ‘Shooting’, Lakonan Azhan Rani Dipuji Sampai Ke Jiwa