in ,

OMGOMG WTFWTF

Guru Di SK Gong Nangka Bina Simulator Pesawat Dari Barangan Terpakai

simulator pesawat main

Baru-baru ini tular dengan satu kisah yang mana sebuah sekolah di Marang, Terengganu berjaya membina pesawat simulator dengan hanya menggunakan barangan terpakai. Sekolah tersebut adalah Sekolah kebangsaan Gong Nangka.

BACA: Adik Menari ‘Mengantuknya Mumia’ Tular, Ini Video Comelnya Yang Lain

Belajar menerusi interaktif sememangnya satu perkara yang dapat membantu menarik minat pelajar. Namun untuk mengaplikasinnya, sudah semesti memerlukan daya kreativiti dan kos yang tinggi.

Namun bagi Sekolah Kebangsaan Gong Nangka, ianya tidak mustahil. Sekolah ini berjaya membina simulator pesawat hanya dengan menggunakan barangan terpakai.

simulator pesawat 1

Antara bahan terpakai yang digunakan untuk membina pesawat ini adalah tempat duduk kereta dan komputer lama. Simulator pesawat ini diletakkan di satu sudut ruangan di Pusat Sumber sekolah ini.

Rekaaan dan binaan yang bukan biasa-biasa, simulator pesawat ini turut lengkap dengan aktiviti simulasi dan ujian penerbangan.

Lebih menarik ia adalah binaan yang pertama seumpamanya di sekolah rendah di negeri Terengganu. Projek menghasilkan simulator pesawat ini bermula pada 2015 oleh guru di sekolah itu, Syed Hasan Syukri Tuan Hadi.

simulator pesawat 2

Menurut guru ini, kos keseluruhan set binaan simulator ini adalah RM5,000. Kos ini jauh berbeza dengan anggaran jumlah RM20,000 sekiranya mereka membinanya menggunakan peralatan baru.

Tambahnya lagi, dengan adanya simulator ini, ia dapat membantu pelajar meningkatkan prestasi dalam subjek Sains, Matematik, Kejurutreraan dan Teknologi (STEM).

Apa-apa pun idea membina simulator ini memang cukup kreatif dan menarik minat pelajar untuk mempelajari lebih lagi mengenai dunia penerbangan.

Sumber: Bernama Official / Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

makan budu main

“Dak Eng”- Video Pelajar Antarabangsa Makan Budu Raih Perhatian Ramai

sunrise-red-horns-solar-eclipse-elias-chasiotis-1-5e1326b3d992f__700-tile

Tular Gambar Matahari Terbit Seperti Bentuk ‘Tanduk Syaitan’