in

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Guru Nasihat 5 Perkara Ini Jangan Dibuat Dalam Whatsapp Group Kelas

Foto sekadar hiasan
Foto sekadar hiasan

Tahun baru dan bermulalah sesi persekolahan baru, maka pelbagai Whatsapp group kelas dan sekolah mula dijemput masuk. Buat yang ada anak-anak bersekolah sebelum ini pastinya sudah sinonim dengan Whatsapp group seperti ini. Katanya ia dibuat bagi memudahkan komuikasi untuk berkongsikan maklumat.

BACA: Adik Menari ‘Mengantuknya Mumia’ Tular, Ini Video Comelnya Yang Lain

Maklum sahajalah zaman sudah moden, semua info dapat dikongsi cara pantas dengan adanya Whatsapp group sebegini. Namun menyertai Whatsapp group kelas ada adabnya. Ini adalah untuk menjaga kesejahteraan ahli dalam Whatsapp group dan mengelakkan motif utama mewujudkannya terabai.

Foto sekadar hiasan. Sumber: Idownloadblog.com
Foto sekadar hiasan. Sumber: Idownloadblog.com

Baru-baru ini seorang guru yang cukup popular di sosial media, Mohd Fadli Salleh berkongsikan lapan perkara jangan buat dalam Whatsapp group.

1. Jangan tanya soalan bodoh.
Menurut guru ini ada ibubapa yang sejenis tanya soalan seperti, “Esok ada PJK dalam jadual, kena pakai baju PJ ke cikgu?”. Rasanya soalan sebegini boleh pakai common sense sendiri untuk siapkan anak sebelum ke sekolah.

2. Soalan berulang-ulang.
Ada juga yang sejenis guru sudah menjawab soalan ibu pertama, namun selepas itu yang lain pula tanyakan soalan yang sama. Mungkin tidak membaca apa yang ditulis oleh guru sebelum itu agaknya.

3. Paksa guru jawab pertanyaan dengan segera.
Baru sahaja tanya soalan dalam group tidak sampai 5 minit sudah marah-marah katanya guru lambat reply. Sudahlah soalan ditanya pada waktu malam, iaitu di luar waktu guru bertugas. Boleh bawa bertenang kot orang macam ni?

Foto sekadar hiasan. Sumber foto: riseuplabs
Foto sekadar hiasan. Sumber foto: riseuplabs

4. Forward mesej dan video tidak berkaitan.
Setiap hari pasti akan ada post seperti video motivasi, hadis, nasihat dan lain-lain yang tiada kaitan dengan kelas anak mereka. Ini bukan sahaja membuatkan ahli lain rasa rimas, malah membuatkan info yang guru post akan tenggelam. Perkara ini juga menyebabkan ahli lain mungkin akan tertinggal mendapatkan info penting yang dimaklumkan.

5. Bersembang sesama ahli dalam group.
Ini juga antara yang sering terjadi dalam whatsapp group. Apa yang boleh dilakukan adalah dengan whatsapp terus kepada individu yang mahu berbual dengannya.

Harapnya sudah 2020, perkara-perkara sebegini tidak ada yang berlaku lagi.

Sumber: Mohd Fadli Salleh

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sunrise-red-horns-solar-eclipse-elias-chasiotis-1-5e1326b3d992f__700-tile

Tular Gambar Matahari Terbit Seperti Bentuk ‘Tanduk Syaitan’

GettyImages-912454900-1-tile

Bulan Penuh Pertama Serentak Dengan Gerhana Bulan Penumbra Esok