in ,

LOLLOL

Haiwan-Haiwan Yang Diselamatkan Dari Banjir Di Jakarta, Ini Hasilnya

ENMmBQlVAAAK__x-tile

Memasuki tahun baru, bencana banjir terus melanda Indonesia, kali ini Jakarta pula yang terpaksa menempuhi dugaan itu.

Banjir besar yang memasuki ibu negara Indonesia itu telah menyebabkan beberapa nyawa terkorban, malah pelajar-pelajar dari Malaysia sendiri ada yang terkandas.

Di sebalik kesedihan dan kerumitan yang dilalui penduduk di negara itu, terdapat juga orang ramai yang risau dengan keadaan haiwan-haiwan di bandar besar tersebut.

BACA: “Menyerupai Fried Rice”- Kenyataan Tentang Nasi Goreng Buat Ramai Tepuk Dahi

Seperti biasa, selain manusia, banyak haiwan yang turut terkesan dengan bencana alam itu. Banyak haiwan ternakkan yang dilaporkan hilang, tidak mengira haiwan-haiwan peliharaan yang tidak sempat untuk diselamatkan.

Namun ada yang cukup prihatin untuk berusaha melindungi dan menyelamatkan haiwan yang kesusahan dalam beberapa posting yang menghiburkan hati.

“Menghibur korban banjir paling menderita…”

“Yang penting dia kering…”

Gelagat seekor kucing yang terperangkap di sangkar burung juga berjaya menimbulkan geli hati apabila kucing itu menolak pertolongan untuk diselamatkan.

“Gatau bersyukur…”

Seorang individu juga berkongsikan posting lucu bapanya dalam usaha mencari ikan guppy di kawasan rumah yang dinaiki air.

“Ada kolam renang depan rumah…”

ENK1J3qUYAAnl8Q

“Ikan-ikan guppynya silaturahmi ke rumah tetangga dan takkan kembali…”

ENK1LLcVUAAYgzY

“Bakal film Finding Guppy…”

ENK1Mf2U0AAS2id

Malah dia juga tidak menyangka bapanya akan berjaya mencari ikan peliharaannya itu dalam air banjir yang luas dan keruh.

“Yaallah ikan kecil macam cupang gini kok bisa keliatan…”

ENK1NT-UwAE3G1g

Sementara itu, seorang pelajar pula berkongsikan hasil ‘tuaian’ gurunya yang menemui pelbagai haiwan dalam banjir.

“10kg ikan keli…”

ENP2IoRU8AEBZbL

“Kura-kura cengkerang lembut…”

ENP2JCTU0AIz6re

“Ikan hiasan…”

ENP2JFiUEAAJD1S

“Pokemon yang muncul ketika banjir…”

ENP2KgzUcAAP0_G

Sumber: #BanjirJakarta2020

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ENHJNYGUwAEUQ2B-tile

Ramai Akui Mencari Kucing Hilang Guna ‘Cara Unik’ Ini Adalah Berkesan!

IG Jakfer diserang main

Ramai Luah Rasa Geram Pada Watak Jekfer Dalam Kampung People