in ,

LoveLove OMGOMG

Hallstatt, Austria Jadi Tumpuan Pelancong Kerana Filem Frozen 2

Frozen 2 Hallstat mian

Tahun lalu filem kedua Frozen telah pun ditayangkan di seluruh dunia. Ramai peminat filem ini yang ternanti-nantikan siri kedua selepas tayangan Frozen beberapa tahun lalu. Dalam Frozen 2 ini, bandar ikonik Hallstatt menjadi inspirasi sebagai latarbelakang negeri kawasan pemerintahan Elsa.

BACA: Foto Majlis Kenduri Kahwin Dalam Kebun Getah Tular. Unik Dan Cantik!

Dalam Frozen 2 negara pemerintahan Elsa, Arendelle dipaparkan memiliki pemandangan yang cukup indah sekali. Ini adalah kerana filem animasi terbitan Walt Disney Animation Studios tersebut mengambil inspirasi dari Hallstatt, Austria yang cukup tenang. Disebabkan itu Hallstatt jadi tumpuan peminat Frozen 2 untuk melihat bandar itu secara realitinya.

Tidak kira musim, pemandangan tetap menarik / Sumber: Lonely Planet
Tidak kira musim, pemandangan tetap menarik / Sumber: Lonely Planet

Untuk info, Hallstatt telah diiktiraf sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO sejak tahun 1997. Bandar ini pernah menjadi salah satu lokasi penggambaran siri TV Korea Selatan, ‘Spring Waltz’ pada tahun 2006.

Sejak itu bandar Hallstatt menjadi terkenal dengan kawasan pelancongan dengan pemandangan pergunungan yang cukup indah. Tambahan pula selepas filem animasi Frozen 2 ditayangkan, kadar pelancong mulai meningkat.

Bandan Hillstatt cukup indah / Sumber: Lonely Planet
Bandan Hillstatt cukup indah / Sumber: Lonely Planet

Penangan dari Frozen 2 ini, bilangan pelancong sehari boleh mencecah sehingga 10,000 orang yang mana ia adalah enam kali pelancong per kapita di Venice, Itali.

Menurut Datuk Bandar Hallstat, Alexander Scheutz, Hallstatt jadi tumpuan peminat Frozen ini memberikan masalah kepada penduduk setempat kerana ia menganggu aktiviti harian mereka.

Petikan dari filem Frozen 2
Petikan dari filem Frozen 2

“Hallstatt bukannya muzium dan ia adalah sebahagian penting dalam sejarah Austria. Dengan peningkatan jumlah pelancong yang datang melawat, ia memberi masalah kepada penduduk kami,” ujar Alexander Scheutz.

Disebabkan masalah ini, kerajaan tempatan terpaksa menggunakan sistem bas berkapasiti kecil serta mengurangkan bilangan bas pelancongan harian. Jadi buat mereka yang mahu datang mengunjungi destinasi ini perlulah membuat tempahan bas awal.

Sumber: The Guardian

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

asap kebakaran australia main

Asap Kebakaran Hutan Di Australia Kini Kelilingi Bumi

80055804_147735959986469_3873458553627417441_n (1)-tile

“Dua2 cantik…”- 3 keping foto Intan Najuwa & Mira Filzah raih pujian