in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Hantar anak ke sekolah, pemakaian ‘sopan’ Hayla buat netizen puji Wawa Zainal!

pemakaian sopan Hayla anak pelakon

Sudah memasuki tahun baharu 2020, ibu bapa juga mulai sibuk untuk menghantar anak ke sekolah. Bagi pasangan selebriti terkenal, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel juga tidak ketinggalan untuk berkongsikan perkara berkenaan.

BACA: ‘2020’ Uqasha Senrose sibuk shooting payung foto, gigi pula jadi perhatian

Menurut Wawa Zainal, dia bertanyakan keadaan kepada peminat dan pengikut yang pastinya pada waktu pagi ini ramai sedang menghantar anak kesekolah.

“Morning… hantar anak ke sekolah jgk ke tu?? hehe… Attar da darjah 1… cptnya masa berlalu…,” ujar Wawa Zainal menerusi posting.

Selain dikurniakan cahaya mata pada awal Disember lalu, Wawa Zainal juga mempunyai dua orang cahaya mata yang mana turut popular sepertinya, Attar dan Hayla.

Kongsi, Wawa Zainal hari ini anak lelaki sulungnya sudah memasuki persekolahan darjah 1 dan dia berkongsikan moment berkenaan.

79013145_2466363810291849_6142656518036315934_n

Bagaimanapun, foto pertama dikongsikan Wawa Zainal itu juga mendapat perhatian ramai dan ternyata pemakaian sopan Hayla iaitu anak keduanya turut mencuri tumpuan peminat dan pengikut.

Pemakaian sopan Hayla jadi perhatian

Dalam pada itu, netizen turut memuji Wawa Zainal kerana sudah mengajar anak perempuannya itu untuk memakai tudung meskipun kini baru berusia 4 tahun.

72348981_206982720325621_2098826516713397085_n
Foto terdahulu dikongsikan Wawa Zainal

Perkongsian Wawa Zainal tentang menghantar anaknya sebentar tadi juga telah meraih lebih 40,000 tanda suka dalam masa satu jam sahaja. Rata-rata mendoakan yang terbaik buat kedua anak selebriti ini.

Reaksi ramai

Screenshot_181 Screenshot_182 Screenshot_183 Screenshot_184

Sumber: Wawa Zainal

Written by Siti Zulk

It's me, stay focused

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

uqasha senrose tahun 2020

‘2020’ Uqasha Senrose sibuk shooting payung foto, gigi pula jadi perhatian

rashidi ishak kampung people main

Rashidi Ishak Rakam Penghargaan Pada Penyokong ‘Kampung People’