in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Helikopter Jatuhkan Lobak & Ubi Dari Udara Untuk Bantu Hidupan Liar Di Australia

page

Dunia telah menyaksikan dengan hati yang berat bagaimana kebakaran hutan belukar telah merobek Australia.

Sekurang-kurangnya 27 orang telah terbunuh dalam kebakaran ngeri tersebut, namun hidupan liar di negara itu menerima nasib paling buruk.

BACA: Australia Bertindak Menakai 10,000 Ekor Unta Kerana Minum Terlalu Banyak Air

Di NSW, kerajaan sedang berusaha membantu haiwan yang terselamat dengan menjatuhkan ribuan kilogram lobak merah dan ubi kayu dari helikopter.

Misi yang digelar ‘Operasi Rock Wallaby’ itu asalnya menyasarkan wallaby yang biasanya memakan rumput, pokok renek dan daun yang telah terbakar.

 The food drops will now form part of a state-wide scheme addressing post-fire wildlife recovery
Foto kredit: NSW Office of Environment and Heritage

Operasi Rock Wallaby dianggap penting untuk wallaby memandangkan spesies tersebut telah dikelaskan sebagai terancam sebelum kebakaran berlaku lagi.

Menurut The Sun, wallaby biasanya lebih berupaya untuk bertahan lama dalam kebakaran, namun nyawa mereka akan terancam apabila sumber makanan mereka musnah.

Ahli kempen semulajadi Yayasan Pemuliharaan Australia (ACF), Jess Abrahams berkata misi tu hanyalah sebagai satu ‘tindakan kecemasan’.

Sebaliknya, tindakan jangka panjang yang perlu diambil adalah untuk menangani masalah perubahan iklim.

Dia menggesa orang ramai untuk mengambil serius tentang perubahan iklim untuk melindungi hidupan liar di dunia ini.

Pictured: Carrots and sweet potatoes are being supplied via helicopter food drops to New South Wales rock wallaby colonies
Foto kredit: NSW Office of Environment and Heritage

Lebih-lebih lagi kerana haiwan adalah yang paling terdedah kepada ancaman perubahan iklim dan tidak dapat melindungi diri mereka tanpa bantuan manusia.

Chris Dickman, seorang ahli ekologi dari University of Sydney mengesahkan tanpa ragu bahawa jumlah haiwan yang telah terkorban setakat ini telah melebihi satu bilion. Hanya di New SOuth Wales lebih 800 juta haiwan terbunuh kibat kebakaran ngeri itu.

Sumber: Daily Mail

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

page

Ibu Geram Lihat Skrin Rosak, Campak Televisyen Ke Lantai

page

Nenek Turunkan Cucu Guna Tali Di Balkoni Untuk Selamatkan Kucing