in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LoveLove OMGOMG WTFWTF

HUAWEI MateBook D 15 Miliki Semua Ciri Keperluan Sebagai ‘Teman Istimewa’ Anda!

MateBook D15 main

Memilih laptop yang sesuai buat kegunaan anda yang bergelar pelajar atau bekerja bukannya sesuatu yang mudah. Namun anda harus faham yang memilih laptop sesuai dengan kegunaan harian anda ibarat memilih teman istimewa jadi haruslah yang sesuai dengan keperluan dan serasi dengan anda bukan?

Antara ciri yang wajib dimiliki adalah kualiti yang bagus, rekaan luaran yang menarik dan prestasi hebat. Jadi jika anda mahukan kesemua ciri ini ada pada laptop baru yang ingin dimiliki, HUAWEI punya siri laptop terbaru berharga hanya RM2,499.

Rekaan luaran yang menarik

Lebih ringkas, lebih menarik. Ini antara ciri rekaan yang ramai gemari. Memiliki rekaan luaran metalik dengan warna silver dan kemasan futuristik.

Bukan itu sahaja, HUAWEI MateBook D 15 ini hanya seberat 1.53kg dan ketebalannya lebih kecil dari 17mm membolehkan anda yang bertubuh kecil molek mudah untuk membawanya ke mana sahaja. Malah laptop dengan saiz ini adalah yang paling ringan setakat ini.

7732b83b-d9bd-43d4-b52b-8d84a9165094-tile

Ia akan menjadi teman istimewa terbaik yang anda pernah ada. Ia tinggi tapi tidak berat membuatkan anda akan rasa selesa dan yakin bila bersamanya!

Selain itu, ciri paparan skrin FullView HD yang menjadi trend pada telefon pintar terkini membuatkan HUAWEI turut membawanya kepada keluaran laptop terbaru mereka. Dengan HUAWEI MateBook D 15 ini, anda boleh melihat isi kandungan dengan 87% skrin paparan penuh. Ini bermakna anda boleh baca isi kandungan lebih banyak dalam satu skrin tanpa perlu skroll ke bawah banyak kali.

Dengan kata lain anda dapat membuat kerja dengan lebih mudah. Biarpun anda bahagikan skrin kepada dua untuk melihat Excel dan menulis laporan di Words. Semua ini tiada masalah.

Tambahan pula dengan resolusi IPS FullView display 1920 X 1080 dan skrin ratio 16:9 anda dapat merasai pengalaman istimewa ini bersama HUAWEI MateBook D 15.

Penyayang

Ini antara ciri paling penting bila memilih teman istimewa. Mestilah mahukan yang bersifat penyayang bukan? Jadi ciri ini juga ada pada HUAWEI MateBook D 15.

Ia tahu bagaimana caranya untuk melindungi anda dengan kelebihan seperti berikut:

Kamera tersembunyi

Menyedari bahawa privasi adalah keutamaan pengguna, HUAWEI mengambil inisiatif menghasilkan ciri kamera tersembunyi ini. Kamera tersebut terletak di antara butang F6 dan F7. Kamera tersebut juga bercirikan pop up yang bermaksud jika anda mahu gunakan kamera boleh tekan butang gambar kamera itu.

_MG_0121-tile

FullView Display-Blue Light Filter

Ciri paling menarik iaitu skrin HUAWEI MateBook D 15 ini dilengkapi dengan TÜV Rheinland certified untuk melindungi mata anda dari pandangan radiasi berbahaya.

HUAWEI MateBook D 15 tahu apa yang anda perlu dan mahukan.

  • Penggunaan 2 peranti dalam 1 skrin

Hebatnya HUAWEI MateBook D 15 ini, anda boleh transfer fail antara Windows dan Android dengan lebih mudah. Fungsi kolaborasi pelbagai skrin ini membolehkan anda untuk menjadikan telefon pintar Huawei anda berfungsi sebagai komputer riba yang kecil dan mudah untuk dibawa kemana sahaja. Lebih gempak anda juga boleh jawab panggilan menggunakan laptop dengan ciri ini.

Dengan fungsi ini juga anda boleh fokus kerja menggunakan laptop tanpa perlu digangguan dengan peranti lain. Lebih penting lagi, pengalaman bermain game lebih puas dengan menggunakan skrin yang lebih besar. Perlu diingatkan, fungsi ini hanya boleh digunakan jika anda mempunyai telefon pintar Huawei sahaja.

  • One-Click Fingerprint Login

Power on atau off laptop dengan hanya menggunakan cap jari anda. Tidak perlu lagi password, hanya tekan Power Button dengan guna cap jari dah boleh guna terus.

  • Pocket Charger

HUAWEI MateBook D 15 hanya menggunakan pengecas Type C yang mana anda boleh berkongsi wayar USB dengan telefon pintar. Wow, memang menarik! Tak perlu bawa pengecas laptop jenis lama yang besar dan berat. Lebih gempak lagi, pengecas ini juga berikan perlindungan jika overheat. Ini bermakna ia akan menyekat power jika perlu untuk memastikan keselamatan.

Kehebatan prestasi HUAWEI MateBook D 15

Siri laptop ini dilengkapi dengan dua storan peranti iaitu 256GB SSD dan 1 TB HDD. Ini membolehkan anda menaip dan membaca 50% lebih pantas berbanding saluran memori tunggal.

Memilih teman istimewa sememangnya susah, begitu juga membuat keputusan untuk miliki laptop yang memudahkan kerja dan tugasan harian. Jadi nantikan pelancaran jualan HUAWEI MateBook D 15 pada 18 Januari 2020 nanti.

Harganya hanya RM2,499, anda mungkin akan dapat miliki ‘teman istimewa’ sempurna untuk menemani hidup sepanjang 2020 ini. Boleh layari laman website Huawei di sini untuk maklumat lanjut.

Akhir kata, pandangan kami tidak ada lagi mana-mana laptop yang mampu hadir dengan penawaran spesifikasi yang baik dan budget friendly seperti MateBook D 15.

matebook D 15 KV

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

dibayar cuba taman tema main

Cuba Permainan Sebagai ‘Theme Park Tester’ & Terima Bayaran

image-tile

Wow! Japan Airlines Beri 50,000 Tiket Penerbangan Pergi Balik Secara Percuma