in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Ibu Geram Lihat Skrin Rosak, Campak Televisyen Ke Lantai

page

Televisyen adalah antara harta yang paling berharga di dalam rumah. Setiap orang yang membeli TV baharu mengharapkan dapat menggunakan peralatan elektronik itu selama yang mungkin.

Namun mempunyai ramai anak yang lasak membuatkan ibu bapa resah harta benda di rumah akan rosak jika anak-anak mereka tidak berhati-hati.

BACA:Β Helikopter Jatuhkan Lobak & Ubi Dari Udara Untuk Bantu Hidupan Liar Di Australia

Kini ramai yang memilih untuk menggantungkan televisyen mereka di dinding, sekali gus mengurangkan risiko pecah .

Walau bagaimanapun, ternyata meletakkan harta kesayangan kita di tempat yang tinggi tidak cukup untuk menghalang kejadian malang untuk berlaku.

Itulah yang terjadi kepada seorang ibu ini apabila dia mendapati skrin TV di ruang tamunya telah rosak angkara anak-anaknya.

Geram dengan apa yang berlaku walaupun selepas memberi amaran kepada anak-anaknya, ibu itu mengangkat TV yang tergantung di dinding dan mencampaknya ke lantai.

Reaksi ibu itu yang meluru bertindak tanpa menyelidik membuat dirinya yang rugi kerana skrin TV itu sebenarnya tidak rosak.

Ibu yang bernama Quartaya itu mengaku dia menangis kerana hampir mencederakan anak-anaknya selepas diberitahu ia hanyalah prank.

Dia juga mendedahkan bahawa sebelum anak-anaknya membuat prank itu, mereka telah merosakkan TV lain di dalam rumah itu, membuatkan dia hilang sabar.

Seorang individu lain berkongsikan situasi yang sama yang berlaku kepada bapanya apabila sepupunya mengenakan prank TV tersebut.

Selepas memanggil sepupu lelakinya untuk menjelaskan apa yang berlaku, bapa itu menumbuk TV yang memaparkan imej skrin rosak itu sehingga terpadam.

Kejadian itu membuat rata-rata netizen bersetuju bahawa harta benda ibu bapa berkulit hitam tidak boleh dibawa bermain.

“Inilah sebabnya penting untuk kawal kemarahan…”

Annotation 2020-01-13 025129

“Semua orang tahu ibu bapa berkulit hitam tidak boleh di’prank’…”

Annotation 2020-01-13 025034 Annotation 2020-01-13 024650

Sumber: Twitter

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary εΌ•γγ“γ‚‚γ‚Š, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

skynews-aidan-jackson-gaming_4889215-tile

Diserang Sawan Ketika Main Game, Rakan Internet Selamatkan Nyawa

page

Helikopter Jatuhkan Lobak & Ubi Dari Udara Untuk Bantu Hidupan Liar Di Australia