in

Iklan Filem Star Wars Dibintangi Kanak-Kanak Ini Cukup Kreatif!

iklan star wars main

Baru-baru ini tular di sosial media dengan satu video iklan Star Wars yang dibintangi oleh kanak-kanak. Video tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter beberapa hari lalu dan telah meraih perhatian ramai.

BACA: Diana Danielle & Ain Edruce Cover Dance Monkey. ‘Crack’ Habis!

Dalam video berdurasi 2 minit 17 saat itu kelihatan dua kanak-kanak sedang menjalani projek mereka tersendiri. Pada awalnya agak sukar untuk memahami apa yang mereka berdua cuba lakukan.

Biarpun begitu di penghujung video ini barulah faham yang kedua-dua kanak-kanak ini sebenarnya sedang cuba berusaha menunaikan hasrat sahabat mereka untuk merasai pengalaman menonton filem Star Wars dalam pawagam istimewa.

Kedua-dua kanak-kanak ini berusaha untuk menghasilkan tempat duduk dilengkapi dengan kesan khas sama seperti dalam filem Star Wars. Di penghujung sekali mereka berjaya menggembirakan sahabat istimewa itu. Terbaik betul plot twist yang tidak disangka dalam video ini!

Iklan berbahasa Filipina ini telah meraih lebih 668,000 tontonan. Jom layan ‘the next level’ iklan Star Wars yang dikongsikan oleh individu ini:

Perkongsian ini juga telah meraih 6,900 retweets dan 10,800 likes. Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Demi menyenangkan hati seorang wanita. Bagus sangat dik”

iklan star wars 1

“Bagus video ini dibandingkan filem asalnya”

iklan star wars 2

“Bagus sangat idea menghasilkan video ini. Salute!”

iklan star wars 3

Sumber: Kampus Filem ID

Written by Ain Mahthir

The most important thing is to try and inspire people so that they can be great in whatever they want to do

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

rashidi ishak kampung people main

Rashidi Ishak Rakam Penghargaan Pada Penyokong ‘Kampung People’

page

Budak Lelaki Ini Dipaksa Tukar Baju Sebelum Naik Kapal Terbang