in ,

Itik Baik Hati Beri Makanan Kepada Ikan Kelaparan Buat Ramai Cair

Duck-Feeds-Grains-to-Fish-tile

Bagi mereka yang mempunyai haiwan ternakan di rumah, anda tidak perlu risau apabila terlupa untuk memberi ikan anda makan. Ini kerana besar kemungkinan itik anda sudah melaksanakan tugas itu.

BACA: “Paling Menang…”- Tarian Singa ‘Luar Biasa’ Di Tawau Bikin Ramai Geram

Satu video yang dikongsi di halaman Facebook popular menunjukkan seekor itik memberi makanan kepada ikan-ikan di dalam kolam yang kelaparan.

Adegan luar biasa itu telah menarik perhatian pengguna media sosial media dan membuat rata-rata netizen kagum.

Dalam rakaman tersebut,  itik itu dilihat berdiri di dalam bekas yang penuh dengan makanannya. Itik baik hati itu kemudian mengambil beberapa butir bijirin dari bekas dan mencelupkannya ke dalam air supaya ikan di dalamnya dapat makan.

Walaupun tidak jelas di mana video itu difilemkan, ia telah dikongsikan pada Sabtu lalu di halaman nelayan Brazil yang terkenal bernama ‘Dias e Noites De Pesca’, di mana ia telah meraih 12 juta tontonan.

Tonton video yang tular di bawah:

Walau bagaimanapun. ini bukanlah kali pertama perkara seperti ini berlaku. Orang ramai biasanya cenderung untuk bersangka baik terhadap tindakan haiwan, tetapi sebenarnya terdapat penjelasan di sebalik perlakuan itik itu.

Menurut seorang pakar haiwan ternakan, itik memang akan mencelupkan makanan mereka di dalam air sebelum dimakan.

Jadi apa sebenarnya yang berlaku adalah ikan-ikan itu mencuri makanan itik berkenaan apabila dia memasukkannya ke dalam air.

Sumber: India Today, Facebook

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Two-men-make-Earth-sandwich-20000-km-apart-1-735×389-tile

Wow! Dua Lelaki Dari Seberang Dunia Hasilkan ‘Sandwic Bumi’

Issabelle tujuk bakat posing main

Issabelle Tunjuk Bakat ‘Posing’ Depan Kamera, Persis Model!