in ,

Jiran Hubungi Polis Selepas Dengar Suara Perempuan Minta Tolong, Rupa-Rupanya…

neighbor-calls-police-screaming-parrot-2-5e182dca5eb16__700-tile

Jenayah boleh berlaku di mana-mana. Baik kes ragut mahupun penculikkan, wanita sering menjadi mangsa yang disasar penjenayah.

Lebih-lebih lagi di negara seperti Amerika Syarikat yang merumahkan ramai psikopat, kes penculikkan wanita sangat biasa berlaku.

BACA: Juara Maharaja Lawak Mega 2019 milik Puteh, ini senarai penuh pemenang!

Tidak hairanlah apabila seorang wanita terdengar suara perempuan minta tolong dari rumah jirannya, tindakan pertamanya adalah untuk menghubungi polis.

Terdengar suara perempuan minta tolong

Kamera keselamatan yang terletak di hadapan rumah ‘suspek’ sempat merakam saat apabila beberapa pegawai polis tiba di rumah keluarga itu untuk menyiasat.

Namun apa yang mereka perolehi adalah penjelasan yang tidak disangka-sangka untuk laporan jenayah yang mereka terima.

Pada permulaan rakaman video yang tersebar, kedengaran suara wanita menjerit meminta dirinya dilepaskan, sementara seorang lelaki sedang bertukang dengan tenang di hadapan rumahnya.

Tidak lama kemudian 4 orang anggota polis tiba dan menghampiri lelaki itu. Sebagai reaksi kepada persoalan pihak polis, lelaki itu hanya ketawa sebelum menawarkan untuk membawa mangsa yang menjerit itu kepada mereka.

Dia kemudian kembali dengan Rambo, seekor burung nuri Amazon yang dilihat sedang bertenggek di atas tangannya.

Lelaki itu menjelaskan bahawa dia telah memiliki burung nuri berusia 40 tahun itu sejak dari zaman kanak-kanak.

Dia juga mengakui mengajar Rambo untuk menjerit meminta tolong ketika dia kecil untuk mengganggu ibu bapanya, tanpa menyedari dia telah mencipta seekor makhluk pembawa masalah.

Kisah yang tular itu mengundang netizen untuk meninggalkan pelbagai komen menarik.

“Jiran yang prihatin…”

Suara Perempuan Minta Tolong

“Lebih kagum dengan usia nuri itu…”

Suara Perempuan Minta Tolong Suara Perempuan Minta Tolong

Sumber: Twitter, Youtube

Written by Nabilah

INTJ. Involuntary 引きこもり, classic fictions advocate, film buff, anime enthusiast, nature and animal lover.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

82232429_1072722836414340_706897363906289676_n-tile

Juara Maharaja Lawak Mega 2019 milik Puteh, ini senarai penuh pemenang!

page

Lelaki Sanggup ‘Edit’ Filem Disney Untuk Lamar Teman Wanita