in ,

AngryAngry CryCry CuteCute LOLLOL LoveLove OMGOMG WTFWTF

Jom siap sedia beli HUAWEI MateBook D 15 pada pelancaran Sabtu ini, hadiah percuma bernilai sehingga RM1287. Tak sangka!

Huawei_MatebookD_ScreenSharing_gif (1)

Kini sudah menjadi trend apabila anda ingin membeli komputer riba, pasti memilih yang lebih ringan dan nipis. Disebabkan itu, banyak pengeluar berlumba-lumba memenuhi permintaan tersebut. Tetapi bagaimana pula dengan harga yang ditawarkan? Pasti agak tinggi bukan.

Rasanya ramai sudah mengetahui kecanggihan peranti keluaran HUAWEI. Tidak dinafikan, kini masyarakat lebih memilih HUAWEI dari telefon mahupun komputer riba. Ini kerana, mereka akui pakej ditawarkan terbaik.

Komputer riba terbaru, Huawei MateBook D 15 juga kini menjadi bualan ramai. Pihak HCL mahu ingatkan, jika pada hujung minggu ini anda bercadang mahu berjalan boleh hold terlebih dahulu.

Sebab sabtu ini, 18 Januari anda berpeluang dapatkan komputer riba dengan skrin 15.6 inci ini di HUAWEI Roadshow dengan hanya harga berbaloi, RM 2,499 saja. Berpatutan dan spesifikasi dimiliki juga cukup hebat, tak perlu buang masa cari lagi!

cP80CjviZAmJfS4c0Bhg

Lebih menarik lagi, sekarang anda masih boleh dapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,287 termasuklah FreeBuds 3, Bluetooth Mouse dan Microsoft Office 365 dan ada Lucky Draw lagi! Cukup hebat dan stok adalah terhad. Siapa cepat dia dapat.

Anda janganlah terkejut dengan ciri-ciri HUAWEI MateBook D 15 kerana dari segi kualiti yang tidak mengecewakan, tambah pula rupa hebat dan kelihatan megah. Pakej seperti itu kami katakan sebenarnya, anda sudah bertemu dengan komputer riba yang betul. Jom kami kongsikan secara terperinci.

  1. Penampilan yang cemerlang

Pandang saja, anda pasti jatuh hati dengan rekaan yang cukup kemas ini. Namun begitu, ia bukan sekadar cantik dipandang luaran saja. Komputer riba ini merupakan yang paling ringan selain nipis kerana memiliki ketebalan daripada 17mm. Membuatkan anda lebih selesa tentunya!

Paparan penuh yang menjadi trend pada telefon kini dibawa kepada komputer riba memang buatkan anda gila untuk memilikinya. Dengan nisbah skrin 87% sekaligus membuatkan anda boleh mengakses lebih banyak kandungan dalam satu skrin tanpa perlu scroll.

MSsYuZT7fASa8qYdXa0A

Percayalah, HUAWEI MateBook D 15 ini memudahkan anda dalam melakukan sebarang aktiviti. Tambah pula, komputer riba ini menawarkan resolusi 1920 x 1080 IPS paparan penuh yang memberikan anda visual lebih besar dengan pelbagai kandungan yang boleh dilihat dalam satu skrin. Sangat canggih!

  1. Menjaga dan mencintai

Seperti dalam hubungan, anda mahukan seseorang yang baik, peduli dengan anda dan yang penting sangat cintakan anda bukan? Ciri berkenaan juga buatkan anda jatuh cinta dengan HUAWEI MateBook D 15 ini.

Menyedari privasi keutamaan pengguna, HUAWEI mengambil inisitif dengan menghasilkan dan meletakkan kamera yang mana anda mempunyai kawalan penuh. Webcam tersembunyi pada papan kekunci, ia hanya muncul apabila anda menekannya.

zDc3p5A8sb472PVX8bAr

Perkara itu sekaligus mengelakkan anda terpalit dengan isu hack siber selain anda tidak perlu bimbang dengan menutup kamera guna jari atau melekatkan sesuatu pada kamera.

Bagusnya juga, skrin pada komputer ini disahkan TUV Rheinlah yang mempunyai cahaya biru rendah yang melindungi mata anda dari radiasi berbahaya.

EszfzX1RXrgyVasVf428

Siri ini juga memperkenalkan satu set baru keupayaan dengan kerjasama ‘cross-screen’ yang dibina diatas asas HUAWEI One Tap Share. Ciri tersebut membolehkan HUAWEI MateBook dan telefon pintar HUAWEI berkongsi paparan tunggal.

Huawei_MatebookD_ScreenSharing_gif

Ini bermakna, anda boleh memindahkan fail dan melihat kandungan yang disimpan dalam telefon pintar terus pada komputer riba. Betul-betul pilihan terbaik!

Anda juga dengan mudah menghidupkan dan log masuk komputer riba ini tanpa perlu masukkan password dan dengan mudah menekan Button Power yang berfungsi sebagai sensor cap jari.

Eztx8CgLOj32EvR6gjxw

Senangkan? Bukan itu saja, apabila mengambil kira bersama pengecas pula, anda boleh dapati ia benar-benar ringan dan sangat mudah dibawa. Komputer terbaru ini menggunakan pengecas jenis C, sekaligus anda boleh gunakannya untuk cas telefon HUAWEI dan MateBook D 15 anda.

  1. Jom lihat dalam kekuatan dan prestasinya!

Tidak cukup dengan ciri-ciri diatas, kami kongsikan lagi kekuatan dan prestasi untuk pembeli siri ini. Apa yang lagi best, MateBook D 15 ini dikuasakan dengan pemproses AMD Ryzen 5 3500U terkini, kad gradik Radeon Vega 8 Graphics bersepadu, prestasi berkuasa dan fleksibiliti hiburan yang luar biasa.

Ditingkatkan dengan keupayaan memori dwi-saluran, komputer riba ini terdiri daripada 8GB RAM dan juga dilengkapi dengan dua storan peranti. Terdiri daripada 256GB SSD dan 1T HDD untuk meningkatkan kelajuan membaca dan menulis sebanyak 50 peratus berbanding memori saluran tunggal.

 

Amacam? Power tak, sememangnya MateBook D 15 pilihan komputer riba terbaik untuk anda. Jadi terus saja ke HUAWEI Roadshow untuk dapatkan siri ini pada 18 Januari bersama hadiah percuma bernilai sehingga RM 1,287.

Apa yang boleh kami simpulkan, tak semua komputer berjenama yang hangat dipasaran dapat menyediakan semua teknologi terkini dengan harga mesra bajet anda.

Suka kami ingatkan, hanya harga RM 2,499 anda mungkin temui partner yang sempurna yang boleh menemani anda di tahun baharu ini. Rebut peluang ini untuk dapatkan MateBook D 15 dengan pelengkap dari HUAWEI iaitu FreeBuds 3, Bluetooth Mouse dan Microsoft Office 365 yang bernilai sehingga RM 1,287 di HUAWEI Roadshow yang diadakan diempat lokasi, Imago Mall, IOI City Mall, Queensbay Mall dan Sunway Pyramid. Bagi setiap lokasi itu, stok adalah terhad. Siapa cepat dia dapat.

qRe4UybgkZDSX4THoXnE

Jangan lupa hujung minggu ni tau, untuk maklumat lanjut anda boleh terus kelaman HUAWEI atau tekan laman ini.

Picture2

Written by Siti Zulk

It's me, stay focused

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

page

Pelajar Sekolah Mengomel Tentang ‘Matematik’, Ramai Geli Hati Gara2…

Foto sekadar hiasan

Netizen Kecam Wanita ‘Kutuk’ Rasa Nasi Lemak Dalam Pesawat